Ketentuan Harga dari Allah

Memang benar, ketentuan harga adalah dari Allah swt, malah semua perkara juga demikian. Namun mengajak beriman dan pasrah terus sambil mengabaikan arahan Allah dan RasulNya agar berusaha membanteras unsur kezaliman , ketidakstabilan dan kelemahan yang mengganggu proses harga adalah kaedah berfikir yang SALAH. Lihat Allah swt mengharamkan Riba. Begitu juga haramnya BAI’ AN-NAJASH kerana manipulasi harga sebenar secara terancang oleh rakan penjual, HARAMNYA Jualan TALAQQI AL-RUKBAN kerana menganggu harga pasaran, DIHARAMKAN juga IHTIKAR (simpanan barangan asasi agar naik harga kerana demand secara paksaan dicipta). Justeru, fahamilah hadis berkaitan ‘harga adalah ketetapan Allah’ beserta hadis-hadis yang berkaitannya. Jika tidak, anda mungkin melencong dari kefahaman yang betul.

Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam tidak membenarkan kawalan harga dibuat oleh kerajaan pada masa yang TIDAK TERDESAK. Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam juga menolak permintaan sahabat baginda untuk melakukan ‘ceiling’ harga di ketika pasaran tidak diserapi unsur zalim oleh peniaga dan tiada campurtangan dalam ketetapan harga, tiada gangguan pada permintaan serta penawaran Sebagaimana respon dan jawapan Nabi salla Allahu ‘alaihi wasallam kepada sahabat baginda :
بل الله يخفض ويرفع , وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan Allah SWT adalah yang menaik dan menurunkan harga, dan sesungguhnya akhu berharap untuk bertemu Allah dan tiada seorang pun dari kalangan kamu menuntut dariku akibat sebarang kezaliman ( yang aku lakukan) samada berkaitan darah atau harta” ( Riwayat Abu Daud ; hlm 385 ; Al-Bayhaqi, 6/29 ; Sohih menurut Albani)

Namun kemudiannya, ulama terulung dari kalangan Tabi’en seperti Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan ramai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikhuna Prof. Dr. Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
9 Sept 2013

Banjir Pantai Timur

IMG_7589.JPG

Di kemaman terbahagi beberapa zon untuk rancangan tembatan banjir (RTB). Diantara kawasan hotspot atau catchment area yang berisiko mengalami banjir adalah Bukit Mentok, Mak Chili, Geliga etc. Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) sudah mula membuat RTB pada tahun 2012 lgi. Walaupun kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk RTB namun banjir tetap terjadi. Antara faktor air pasang disebabkan jarak bulan hampir dengan bumi, precipitation rate yg tinggi eg 30 tahun ARI or 100 tahunARI, faktor muka bumi dan pembangunan. Faktor jarak bulan dan precipitation atas ketentuan Allah kita tidak mampu mengubah tapi faktor muka bumi dan pembangunan kita mampu mengurus dan mengawalnya lagi. Contoh faktor mukabumi adalah keaadan aliran sungai yang tidak mampu untuk menampung volume air disebabkan sedimentation dan sungai sempit, JPS boleh lagi melebarkan dan mendalamkan sungai bagi mengelak banjir. Faktor pembangunan pula penebangan hutan berleluasa, menarah bukit bukau khususnya dikawasan hulu akan mempercepatkan flowrate air dari hujan turun ke sungai-sungai. Jika flowrate laju sungai tidak mampu untuk menampung jumlah volume air yang mengalir. Pokok, rumput, tanah di bukit bertindak sebagai filter utk melambatkan air hujan mengalir ke sungai. Penambakan kawasan paya bakau untuk pembangunan yng sebelum ini menjadi retention pond semulajadi juga salah satu faktornya juga. Pembinaan jalan raya dan bangunan adalah faktor berlakunya banjir juga kerana kadar serapan air oleh tanah yang rendah dan meninggikan flowrate runoff air. Namun ini adalah berpunca daripada kesan perbuatan manusia itu sendiri seperti firman Allah SWT:

“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu).” (Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)

RTB belum cukup untuk mengekang banjir jika kerajaan tidak mengurus pembangunan dengan sistematik. Kita tidak boleh melawan banjir namun kita hanya boleh mengurus banjir.

http://kl.coconuts.co/2014/04/24/nasa-detects-massive-deforestation-malaysia-during-1st-quarter-2014

 

IMG_7780.JPG

 

Sahkah Sumpah Saiful Bukhari.

Apakah sah sumpahnya!