Murabbi: Sheikh Hussain Yee Abdullah

hussain-yee

Sheikh Hussian Yee dilahirkan pada 1950. Sheikh seorang warga Malaysia dan dilahirkan dalam keluarga yang menganuti agama Buddha. Kembali kepada agama fitrah seusia 18 tahun. Beliau menyambung pengajiannya di Universiti Islam Madinah in Arab Saudi dalam bidang Hadith. Beliau juga belajar selama 4 tahun di bawah Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dan mempunyai hubungan dengan bekas mufti besar Arab Saudi iaitu Ibn Baaz ketika belajar di Universiti Islam Madinah. Selepas tamat pengajian pada 1978, Sheikh Hussain menyertai Muslim Welfare Organization, Perkin yang banyak membantu golongan mualaf dalam mengenal islam. Beliau juga pernah berkhidmat bersama Islamic Centre di Hong Kong.

Di Malaysia, Sheikh Hussain tidak begitu dikenali seperti pendakwah-pendakwah yang lain. Namun, beliau lebih terkenal dalam dunia islam khusus di Asia Pasifik, UK  dan Eropah dalam menyampaikan syarahan agama. Syarahan mengenai islam pernah disiarkan di Peace TV. Pada 1984, beliau menubuhkan badan dakwah iaitu Al Khadeem dan menyandang selaku presiden Al Khadeem.

Rujuk link dibawah untuk syarahannya di PeaceTV dan mengenai al Khadeem.

htp://www.peacetv.tv/en-gb/speakers/hussain-ye

http://www.al-khaadem.com.my/

http://www.thedeenshow.com/user/36/Hussain-Yee

 

Murabbi: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

basit

Ustaz Dr Abdul Basit merupakan ilmuwan yang aktif dalam dakwah diseluruh Malaysia. Beliau juga digelar sebagai Abu Anas Madani. Ustaz Dr Abdul Basit adalah anak kepada Allahyarham Tuan Guru Abdul Rahman yang juga seorang ulama yang tidak asing lagi di Kelantan. Beliau dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Beliau seorang yang lantang bersuara dan tegas dalam mencegah kemungkaran. Banyak kitab-kitab agama disyarah olehnya beliau diantaranya Riyadhus Solihin, Munyatul Musolli, Hidayatus Salikin, Hisnul Muslim dan banyak lagi. Dalam mensyarahkan kitab-kitab ulama nusantara yang lama, setiap hadith yang lemah dan tidak asalnya, beliau akan membuat komentar dan ulas dengan berdasarkan hadith yang sahih. Beliau banyak menghabiskan waktu belajarnya di Arab Saudi dari peringkat ijazah hingga ke PHD.

Pendidikan

  • Pendidikan awal di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
  • Ijazah (Syariah) di Universiti Islam Madinah
  • Master (Syariah) di Universiti Islam Madinah
  • PHD (Syariah) di Universiti Islam Madinah

Jawatan

  • Musyrif/penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  • Ahli Panel Penasihat Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan
  • Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Ahli Jawatankuasa Perkim Negeri Kelantan (2008-2014)

Karya dan Penulisan

  • Penterjemah Kitab Hisnul Muslim
  • Makkah Al-Mukarramah Kelebihan dan Sejarah
  • Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah
  • Keindahan Islam

IMG_7376

Website

www.abuanasmadani.com

 

Murabbi: Maulana Muhammad Asri Yusoff

IMG_7159.PNG
Maulana Muhammad Asri antara ilmuwan yang tidak asing lagi dalam menyampaikan dakwah di Malaysia khususnya di Kelantan dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang yang arif dalam ilmu hadith. Minatnya mendalam pada ilmu hadith dan al quran membuatkan beliau menubuhkan Darul Kautsar yang bertempat di Kelantan. Kuala Lumpur merupakan antara tempat tumpuan beliau dalam mengajar hadith secara talaqqi kepada orang awam. Beliau adalah pengasas Darul Kautsar yang menjadi pusat tahfiz al-quran, bahasa arab dan ilmu-ilmu islam. Maulana juga pengarang buku-buku seperti buku tentang syiah, Ibnu Ishaq, Kamus dan banyak mensyarahkan kitab-kitab hadith. Beliau adalah satu-satunya ulama di Malaysia yang telah khatam mensyarahkan Sahih Al-Bukhari. Jaami’ at-Tirmizi, Misykaatul Masaabih, Sahih al- Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud antara kitab-kitab yang diajar oleh Maulana.

Nama:                           Muhammad Asri bin Yusoff
Asal:                             Kelantan, Malaysia
Lahir:                           12 Julai 1958
Tempat Lahir:             Bukit Abal Pasir Puteh
Menetap:                     Kubang Kerian, Kelantan
Pelajaran:                   Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3. Kemudian ke India menghafal al-quran di Darul Ulum Deoband kemudian pulang ke Kelantan dan belajar di Madrasah Al-Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh.  Beliau kembali ke india pula menuntut di Nadwatul Ulama, Lakhnau kemudian ke Pakistan belajar daurah hadith di Jamiah al-Ulum al-Islamiah, Karachi.

Rakaman video bersama Maulana Asri.

Jadual kuliah Hadith sekitar Lembah Klang.

IMG_6781.JPG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumbangan untuk Darul Kautsar.

IMG_6153.JPG

 

Murabbi: Al-Fadhil Ustaz Mad Esa Bin Deraman

(sumber: D'Kuliah)

(sumber: D’Kuliah)

Ustaz Mat Esa Deraman merupakan seorang pendakwah bebas yg terkenal di negeri johor khususnya disekitar Johor bahru dan Pasir Gudang. Seorang yg petah dan faqih dalam membahaskan isu-isu agama dalam membimbing masyarakat setempat. Kuliahnya mampu menarik sebahagian besar masyarakat untuk mendalami ilmu-ilmu agama. Berikut adalah secara ringkas biodata beliau:-

  • Tarikh Lahir :    5 Mei 1975
  • Asal :     Bukit Chatak, Dungun, Terengganu.
  • Keluarga:   Anak ke-9 daripada 14 adik beradik.
  • Pendidikan Awal:   Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dan Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Batu Burok. Kuala Terengganu.
  • Lulusan:   Ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang Syariah Islamiah. Ijazah sarjana di Universiti Islam  Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD dalam bidang Fiqh  dan Usul di UIAM.
  • Kerjaya:    Pengalaman selama 10 tahun sebagai guru agama di sekolah menengah sekitar Pasir Gudang. Beliau  pernah menjadi panel rancangan “Halaqah TV9”.
  • Karya:     At-Tawwakul (terjemahan), Risalah Mustarshidin (terjemahan), Tanwir al Basirah Bibayani Alamati Al-Kabirah (terjemahan).

IMG_5551

Kebanyakan kuliah dan ceramah beliau di rakam oleh D’Kuliah supaya segala ilmu-ilmunya boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Rakaman Kuliah dalam bentuk DVD dan CD boleh diperolehi di https://www.facebook.com/pages/DKULIAH-Channel/262906417090300

Diantara Kitab-kitab di syarahkan nya:

DSC_0700 DSC_0699 DSC_0684