Wajibkah Solat Jumaat di 2 Hari Raya

Adakah gugur solat jumaat apabila ianya jatuh pada 2 hari raya. Berikut adalah sebagai pendapat para ilmuwan.

a. Ustaz Dr Mohd Asri Zainul Abidin

  • Disiarkan pada November 26, 2009

Soalan: “Apakah benar jika hari raya berlaku pada Hari Jumaat maka sesiapa yang menunaikan Solat Hariraya tidak wajib lagi untuk dia menunaikan Solat Jumaat?

Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin: Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :

قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ

“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).

  • Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).

Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.

Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.

 

 

b. Ustaz Dr Anhar Opir

Ringkasan dari tulisan Ustaz Dr Anhar:

Intro

  • Solat hari raya sama ada Eidu al-Fitri atau Eidu al-Adha hukumnya adalah sunat dan nanakala solat Jumaat pula hukumnya wajib atau fardhu ain. Hukum wajib lebih utama dari yang sunat.
  • Namun terdapat hadith nabi SAW dan athar sahabat yang difahami daripadanya gugur hukum wajib solat Jumaat bagi mereka yang telah melakukan solat sunat hari raya.
  • Diantara dalilnya seperti riwayat dari Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda bermaksud:

Telah berhimpun pada hari ini dua hari raya, barangsiapa yang ingin maka ia (solat sunat hari raya) adalah cukup baginya daripada (solat) Jumaat, adapun kami, menghimpunkan (lakukan kedua-duanya). (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

  • Begitu juga dengan Riwayat daripada Iyas bin Abi Ramlah al-Syami, katanya:

 Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufiyan bertanya Zaid bin Arqam RA: Adakah engkau menyaksikan bersama nabi SAW dua hari raya yang berhimpun pada satu hari? Jawabnya: ya. Dia bertanya lagi: Bagaimana nabi SAW lakukan? Jawabnya: baginda SAW solat hari raya kemudian memberikan kelonggaran dalam solat Jumaat, sabda nabi SAW: barangsiapa yang ingin solat maka solatlah. (Riwayat Abu Daud, al-Nasaa’ie dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan ulasan: isnad sohih)

Imam al-Nawawi (676H) pula menyatakan dalam al-Majmu’bahawa isnad hadith ini baik.

  • Selain itu, Riwayat daripada Abu ‘Ubaid maula Ibn Azhar menyatakan bahawa:

Aku menyaksikan dua hari raya bersama Uthman bin Affan, hari itu ialah hari Jumaat, dia pun solat sebelum khutbah, kemudian dia berkhutbah, katanya: wahai manusia, sesungguhnya pada hari ini telah berhimpun bagi kamu dua hari raya, barangsiapa daripada penduduk kawasan tinggi (jauh) yang ingin menunggu Jumaat maka tunggulah, dan barangsiapa yang ingin balik maka aku izinkan. (Riwayat al-Bukhari)

  • wujudnya dalil ni menyebabkan ulama berselisih pendapat dan perbezaan pendapat ini berpunca daripada perselisihan status hadith, athar yang sampai kepada mereka istidlal (bentuk pendalilan).
  • Terdapat 2 pendapat iaitu:
  • i) Imam Ahmad (241H) gugur kewajipan solat jumaat yang telah solat sunat hari raya tetapi wajib solat zohor.
  • ii) Mazhab Maliki, Shafie dan Hanafi pula Solat hari raya tidak menggugurkan kewajipan solat Jumaat. Maknanya solat Jumaat tetap wajib ke atas mereka yang telah melakukan solat hari raya.

Pendapat pertama berpegang kepada dalil-dalil seperti yang dinyatakan di atas. Ia dikuatkan lagi dengan riwayat daripada ‘Ato’katanya:

Ibn al-Zubair solat hari raya bersama kami pada awal pagi hari Jumaat, kemudian kami pergi menunaikan Jumaat sedangkan dia (ibn al-Zubair) tidak keluar dengan kami, maka kami pun solat sesama kami. Ketika itu Ibn Abbas berada di To’if, apabila kembali kami menceritakan perkara itu kepadanya, lalu dia berkata: dia menepati sunnah. (Riwayat Abu Daud)

Menurut pendapat yang pertama, kesemua dalil ini menunjukkan gugurnya kewajipan solat Jumaat bagi seseorang yang telah melakukan solat sunat hari raya jika berhimpun kedua-duanya pada hari yang sama. Tetapi solat Zohor tetap wajib dilakukan sebagai ganti solat Jumaatnya. Ini bermakna solat hari raya hanya menggugurkan kewajipan solat Jumaat bukannya solat Zohor.

Adapun istidlal dengan perbuatan Ibn al-Zubair adalah tidak sesuai kerana wujudnya ihtimal (kebarangkalian) lain. Dalam riwayat tersebut langsung tidak menunjukkan bahawa Ibn al-Zubair tidak solat Zohor di rumahnya, bahkan hanya menyebut tidak menunaikan solat Jummat sahaja. Maka wujud kebarangkalian Ibn al-Zubair melakukan solat Zohor di rumahnya yang tidak diketahui oleh para sahabat yang lain. Kaedah feqh menyatakan bahawa sebarang dalil yang mempunyai ihtimal maka terbatal dengannya istidlal. Boleh dikatakan bahawa ini adalah pendapat bagi mereka yang hanya membenarkan untuk diawalkan Jumaat sebelum gelincir matahari. Ini bertepatan dengan riwayat Wahab bin Kisan katanya:

Telah berhimpun dua hari raya pada zaman Ibn al-Zubair, dia lewat keluar sehingga hari sudah tinggi, kemudia dia keluar dan berkhutbah, panjang khutbahnya, kemudian dia turun dan solat, dan dia tidak solat bersama orang ramai pada hari Jumaat. (Riwayat al-Nasaa’ie)

Kita sedia maklum bahawa terdapat perbezaan di antara khutbah Jumaat dengan khutbah hari raya. Khutbah Jumaat adalah sebelum solat sedangkan khutbah hari raya adalah selepasnya. Oleh itu, ini adalah pendapat yang dipegang oleh mereka yang mengharuskan Jumaat dilaksanakan awal sebelum waktu Zohor, maka solat sunat hari raya sudah memadai bagi mereka dan tidak perlu lagi melakukan solat Jumaat.

Bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada umumnya dalil yang menyatakan kewajipan solat Jumaat pada setiap minggu. Ia adalah syi’ar Islam yang perlu dilaksanakan sebagaimana solat sunat hari raya, melaksanakan salah satu daripada kedua-duanya tidak boleh menampung yang yang satu lagi. Kedua-duanya mesti dilaksanakan tanpa pengecualian. Mereka berpandangan bahawa hadith dan atharyang sampai kepada mereka dalam persoalan ini tidak kuat sehingga ke peringkat boleh mengkhususkan umumnya dalil kewajipan Jumaat yang telah thabit (tetap) dalam al-Qur’an, al-Sunnah dan ijma’. Firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 9 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Ayat ini adalah umum iaitu pada setiap Jumaat bagi mereka yang cukup syarat-syarat wajibnya, sama ada berbetulan dengan hari raya atau tidak. Terdapat juga pelbagai hadith nabi SAW lain yang menunjukkan kewajipan solat Jumaat dan peringatan keras bagi mereka yang meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran, di antaranya sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa nabi SAW bersabda bermaksud:

Sama ada satu kaum berhenti daripada meninggalkan Jumaat, atau Allah akan menutup hati-hati mereka, kemudian menjadikan mereka dalam kalangan orang-orang yang lalai. (Riwayat Muslim)

Mereka yang berpegang kepada pendapat kedua ini juga mendatangkan peristiwa yang berlaku pada zaman nabi SAW. Hari raya pada hari Jumaat seumpama ini pernah berlaku dan nabi SAW melakukan solat kedua-duanya bersama dengan para sahabat. Tidak ada riwayat yang menyatakan bahawa nabi SAW memberi kelonggaran kepada para sahabat untuk meninggalkan solat Jumaat. Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Basyir RA katanya:

Adalah nabi SAW membaca ‘sabbihisma robbika al-a’la’ dan ‘hal ataaka hadithu al-ghasyiah’ dalam dua solat hari raya dan solat Jumaat. Katanya lagi: apabila berhimpun hari raya dan Jumaat pada hari yang sama, baginda SAW juga membaca kedua-duanya dalam kedua-dua solat. (Riwayat Muslim)

Pendapat terpilih

Islam itu ajarannya praktikal dan sesuai dilaksanakan pada setiap masa dan semua tempat. Persoalan ini ada keluasannya selagi ia adalah permasalahan khilafiyah (perbezaan pandangan) yang berdiri di atas ijtihad kerana dalalah (pendalilan) nya yang dzonni. Oleh itu, solat Jumaat di masjid hendaklah didirikan kerana beramal dengan nas asal dan mengambil yang ahwat (lebih berat). Maka imam bertugas hendaklah keluar untuk solat Jumaat bersama orang ramai khususnya yang tidak melakukan solat sunat hari raya, kerana kewajipan solat Jumaat tidak gugur ke atas mereka. Ini disebabkan yang gugur hukum wajib solat Jumaat menurut pendapat pertama adalah bagi mereka yang telah melakukan solat sunat hari raya sahaja.

Bagi mereka yang telah melakukan solat sunat hari raya, jika mempunyai kesukaran untuk menghadiri Jumaat boleh memilih untuk mengikut pendapat pertama, iaitu rukhsah (kelonggaran) solat Jumaatnya sudah tidak wajib ke atasnya. Solat sunat hari raya yang dikerjakannya sudah memadai baginya, dengan syarat dia wajib melaksanakan kewajipan solat Zohor selepas masuk waktunya. Dilarang memperkecilkan orang lain yang pergi menunaikan solat Jumaat, dan tidak boleh mengingkari orang ramai yang melaksanakan Jumaat di masjid kerana ia boleh menyalakan api fitnah yang boleh membawa kepada ketidaktenteraman dan perpecahan.

Kesimpulannya, seseorang boleh mengambil pendapat tidak wajib solat Jumaat jika telah melakukan solat sunat hari raya, tetapi wajib ke atasnya solat Zohor. Adapun pendapat yang menyatakan gugurnya kewajipan solat Jumaat dan Zohor sekaligus dengan sebab solat hari raya adalah tidak berasas sama sekali. Wallahu a’lam.

Anhar Opir 9 Zul Hijjah 1433H Sweileh, Amman

c. Abu Anas Madani/ Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Soalan: “Apakah benar jika hari raya jatuh pada Hari Jumaat maka sesiapa yang telah menunaikan Solat Hari Raya tidak wajib lagi untuk menunaikan Solat Jumaat?

Dalam persolan ini terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah saw; Pertama: Hadis Zaid bin Arqam

عَنْ إِيَاسِ بْنِ أَبِي رَمْلَةَ الشَّامِيِّ قَالَ: شَهِدْتُ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِي سُفْيَانَ وَهُوَ يَسْأَلُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ قَالَ: أَشَهِدْتَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيدَيْنِ اجْتَمَعَا فِي يَوْمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَيْفَ صَنَعَ؟ قَالَ: صَلَّى الْعِيدَ ثُمَّ رَخَّصَ فِي الْجُمُعَةِ. فَقَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيُصَلِّ). رواه أبو داود (1590)،

Muawiah bin Abi Sufyan bertanya kepada Zaid bin Arqam r.a: Pernahkah awak meyaksikan hari raya yang terkena pada hari Jumaat pada zaman Rasulullah SAW? Jawabnya: Ya! Kata Muawiah: Bagaimana Rasulullah melakukannya? Kata Zaid: Nabi SAW melaksanakan solat Eid (pada suatu hari Jumaat) kemudian Baginda memberikan rukhshah (kemudahan/keringanan) dalam solat Jumaat dengan bersabda: “Barangsiapa yang mahu solat (Jumaat), hendaklah dia solat.” [HR. Al-Khamsah, kecuali At Tirmizi. Hadis ini ditashih oleh ramai ulama’].

Kedua: Hadis Abu Hurairah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((قَدْ اجْتَمَعَ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ)) رواه أبو داود رقم: 1073.

Sabda Nabi saw: “Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi SAW) akan menunaikan (juga) solat Jumaat” [Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih].

Ketiga: Hadis Abdullah bin Abbas.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: ((اجْتَمَعَ عِيدَانِ فِي يَوْمِكُمْ هَذَا، فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنْ الْجُمُعَةِ، وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ، إِنْ شَاءَ اللَّهُ)). رواه ابن ماجة رقم: 1311.

Sabda Nabi Saw: “Telah berkumpul dua hari raya pada hari kamu ini, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hari raya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan (juga) solat Jumaat, Insya’Allah”. [HR: Ibnu Majah]

Ketiga: Hadis Abdullah bin Umar.

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: اجْتَمَعَ عِيدَانِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى بِالنَّاسِ، ثُمَّ قَالَ: ((مَنْ شَاءَ أَنْ يَأْتِيَ الْجُمُعَةَ فَلْيَأْتِهَا)) وَمَنْ شَاءَ أَنْ يَتَخَلَّفَ فَلْيَتَخَلَّفْ)) رواه ابن ماجه رقم: 1313.

Katanya: “Telah berkumpul pada suatu ketika dua hari raya pada zaman Rasulullah saw, maka Baginda telah menunaikan solat hari raya bersama sahabat, kemudian bersabda: “Sesiapa yang mahu datang solat Jumaat, boleh datang dan sesiapa tak mahu pun boleh” [HR: Ibnu Majah]

Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat Jumaat yang jatuh bertepatan dengan hari raya, sama ada ‘Idul Fitri mahupun ‘Idul Adha.

Pertama, solat Jumaat tidak gugur dari penduduk kota (ahlul Balad/ahlul madinah) yang di tempat mereka memang diadakan solat Jumaat. Sedang bagi orang yang datang dari kampung yang jauh atau pendalaman (ahlul Qura / badawi), yang di tempat mereka itu tidak dilaksanakan solat Jumaat, gugur kewajiban solat Jumaatnya. Jadi jika mereka –yakni orang yang datang dari kampung yang jauh- setelah solat hari raya, mereka boleh terus pulang, tanpa menunggu untuk mengikuti solat Jumaat pula. Inilah pendapat Imam Syafi’i. Ini juga pendapat Usman dan Umar bin Abdul Aziz dan Jumhur Ulama’. Secara dasarnya, Imam Shafie tetap mewajibkan solat Jumaat yang jatuh pada hari raya. Namun beliau menetapkan kewajipan tersebut terhadap penduduk kota (terdapat kemudahan masjid). Bagi penduduk desa atau kampung pendalaman yang berkunjung ke kota khas untuk solat hari raya (dan solat Jumaat), dan di tempat mereka tidak dilaksanakan solat Jumaat, maka mereka dibenarkan untuk tidak mengerjakan solat Jumaat. [Majmu’: 4/320]

Kedua, solat Jumaat tetap wajib ditunaikan, baik oleh penduduk kota yang didirikan solat Jumaat mahupun oleh penduduk yang datang dari kampung. Ini pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Jadi, solat Jumaat tetap wajib dan tidak gugur dengan ditunaikannya solat hari raya.

Ketiga, tidak wajib solat Jumaat baik bagi orang yang datang dari kampung mahupun bagi orang bandar yang dekat dengan tempat solat Jumaat. Tetapi mereka wajib solat Zuhur, kecuali Imam (wajib ke atasnya mendirikan Jumaat). Demikian pendapat Imam Ahmad.

Keempat, Zuhur dan Jumaat sama-sama gugur kewajibannya pada hari itu. Jadi setelah solat hari raya, tak ada lagi solat sesudahnya selain solat Asar. Demikian pendapat ‘Atha` bin Abi Rabah. Dikatakan, ini juga pendapat Ibnu Zubair dan ‘Ali ra. Dalil Mazhab Jumhur (kebanyakkan ulama’):

1- Umum Ayat Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)” [Al-Jumu’ah:9].

2- Demikian juga hadis-hadis yang menyuruh supaya bersolat Jumaat. 3- Jumaat dan Solat Eid adalah dua solat yang berasingan, maka tidak gugur dengan melakukan salah satu dari keduanya, seperti solat Eid dan Zuhur. 4- Sayyidina Osman ra dalam khutbah hari raya yang jatuh pada hari Jumaat …kepada penduduk ‘Aliyah (pendudut sebelah timur Madinah): “Sesiapa yang mahu tunggu solat Jumaat, boleh tunggu, sesiapa yang ingin balik, boleh balik..) [HR: Bukhari] قَالَ أَبُو عُبَيْدٍ: ثُمَّ شَهِدْتُ الْعِيدَ مَعَ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ فَكَانَ ذَلِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَصَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ، ثُمَّ خَطَبَ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ هَذَا يَوْمٌ قَدْ اجْتَمَعَ لَكُمْ فِيهِ عِيدَانِ، فَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْتَظِرَ الْجُمُعَةَ مِنْ أَهْلِ الْعَوَالِي فَلْيَنْتَظِرْ، وَمَنْ أَحَبَّ أَنْ يَرْجِعَ فَقَدْ أَذِنْتُ لَهُ)) [رواه البخاري، بَاب مَا يُؤْكَلُ مِنْ لُحُومِ الأَضَاحِيِّ وَمَا يُتَزَوَّدُ مِنْهَا]

Dalil Mazhab Hanafi: Berpegang dengan kewajipan asal fardhu Solat Jumaat.

Dalil Mazhab Hambali: Hadis-hadis di atas. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat jumhur berpegang kepada dalil umum dan pendapat Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah adalah berpegang pada dalil yang khusus. Perinciannya hukumnya adalah seperti berikut:

Hukum pertama, jika seseorang telah menunaikan solat hari raya – yang jatuh bertepatan dengan hari Jumaat – gugurlah kewajiban atasnya untuk menunaikan solat Jumaat. Dia boleh melaksanakan solat Jumaat dan boleh juga tidak. [Pendapat Mazhab Hambali] Hukum kedua, bagi mereka yang telah menunaikan solat hari raya tersebut, lebih utama dan disunnahkan tetap melaksanakan solat Jumaat. Dalilnya adalah hadis Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda: “Innaa mujammi’uun” (Sesungguhnya kami akan mengerjakan Jumaat). Ini menunjukkan bahawa walaupun Nabi SAW menjadikan solat Jumaat sebagai rukhshah, yakni boleh dikerjakan dan boleh tidak, akan tetapi Nabi Muhammad SAW faktanya tetap mengerjakan solat Jumaat.

Hukum ketiga, jika orang yang telah menunaikan solat hari raya tersebut memilih untuk tidak menunaikan solat Jumaat, wajib melaksanakan solat Zuhur, tidak boleh meninggalkan Zuhur. Hukum keempat, mereka yang pada pagi harinya tidak melaksanakan solat hari raya, wajib ke atasnya untuk menunaikan solat Jumaat, tidak dibenarkan baginya untuk meninggalkan solat Jumaat.

Kesimpulannya, Pendapat jumhur yang membezakan antara warga bandar dengan orang yang jauh dari tempat solat Jumaat didirikan adalah wajar diambil kira, kerana ulama’ telah meletakkan suatu kaedah: “Keluar daripada khilaf (perselisihan pandangan) di kalangan ulama, adalah lebih afdhal” oleh itu bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang kesukaran untuk hadir ke masjid hendaklah tetap menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut, bagi sesiapa yang mempunyai masyaqqah (kesusahan) untuk kembali semula ke tempat Jumaat memadailah dengan melakukan solat Zuhur. Demikian juga waqi’ atau realiti rakyat Malaysia yang berpegang dengan mazhab al-Syafie (secara resminya) adalah tidak gugur kefarduan Jumaat sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Keizinan yang diberi oleh Imam al-Syafie kepada penduduk yang berjauhan dari masjid adalah dengan tujuan tidak membebankan mereka, sedangkan mereka terpaksa keluar dua kali untuk ke masjid. Di negara kita keadaannya sangat berlainan, kita tidak menghadapi kesukaran untuk ke masjid, manakala masjid pun tidak sejauh mana dari rumah. Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah, masyarakat yang tidak mengetahui hukum dan dalil dalam masalah ini akan memandang serong dan pelik jika ada sekumpulan kaum lelaki yang tidak pergi menunaikan solat Jumaat, ini akan menimbulkan kecelaruan dan salah faham. Pengalaman ana berada di Tanah Haram, yang berpegang secara rasmi dengan mazhab Hambali, dua Masjid Haram tetap melakukan solat Jumaat, adapun masjid-masjid lain disekitarnya, (yang masyarakatnya sudah biasa dengan hukum itu) ada yang melakukan solat Zuhur berjamaah seperti biasa. Wallahu a’lam. Rujukan: Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, Imam An-Nawawi. 4/319-321, cet, Dar al-Ulum, Mesir. Al-Mughi, Ibn Qudamah. 3/242. Cet, 5. 1426H. Dar Alam Al-Kutub, Riyadh. Akhukum. Abu Anas Madani, Pondok Sg Durian. 29 Ramadhan 1431H – 8 Sep 2010. http://www.abuanasmadani.com

d. Ustaz Dr Rozaimi Ramle

 

 

Advertisements

Zakat Fitrah: Dimana Perlu Bayar & Bila?

Sumber Dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Lihat Haasyiah as-Syalabi Syarh al-Zailaie (1/306) dan Nail al-Maarib (1/255).

Waktu Wajib Zakat Fitrah

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat antaranya:

Mazhab Hanafi menyatakan waktu wajib zakat fitrah bila keluarnya fajar pada hari raya. Ini juga salah satu pendapat yang ditashihkan oleh Mazhab Maliki. Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Yang Wajib Ditunaikan

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

Jumhur Hanafi berpendapat waktu menunaikan zakat fitrah bersifat keluasan. Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali.

Mengeluarkan Sebelum Waktu Wajib

Dalam hal ini para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat harus mendahulukannya daripada waktunya dua hari berdasarkan kepada kenyataan Ibn Umar R.Anhuma berkata:
كَانُوا يُعْطُونَ صَدَقَةَ الفِطْر قَبْلَ العِيدِ بِيَومٍ او يَوْمَينِ

Maksudnya : “Mereka di kalangan sahabat menunaikan zakat fitrah sebelum hari raya sehari atau dua hari.”

Pendapat Mazhab Syafie sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
Al-Hasan bin Ziyad berpendapat harus menunaiknnya daripada waktu setahun atau dua tahun sama seperti zakat. (Ini pendapat syaz dan asing) Pendapat sebahagian ulama Hanafi bahawa harus mendahuluinya hanya pada bulan Ramadan sahaja. Inilah pendapat yang ditashihkan dalam Mazhab Hanafi dan juga dalam Mazhab al-Syafie.

Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar

Setelah meneliti pendapat makanya zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, saya lebih cenderung kepada pendapat ihtiyat iaitu kita mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu beliau masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dia bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Berkenaan Dengan Kenyataan Imam an-Nawawi Dalam al-Majmu’

Imam Nawawi R.A menyatakan :

إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر…في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.

Maksudnya : “Jika seseorang itu sewaktu zakat fitrah wajib (ke atasnya) berada di sebuah negeri, manakala hartanya berada di negeri lain, maka negeri mana satukah yang diambil kira ketika membayar zakat fitrah?”

Terdapat dua pandangan; salah satunya : yang diambil kira ialah negeri tempat di mana harta itu berada sama seperti zakat harta yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada.

Pendapat paling sahih daripada kedua-dua pandangan ini ialah yang diambil kira ialah negeri tempat di mana empunya harta berada.

Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang Imam Asy-Syirazi dalam kitabnya at-Tanbih, al-Jurjani dalam kitabnya at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi’e dan lain-lain.

Ulasan

Isu ini berkaitan antara seseorang yang perlu membayar zakat berada di satu negeri sedangkan hartanya berada di negeri lain. Justeru, berkenaan dengan zakat fitrah pula pada ghalibnya seseorang mempunyai duit atau harta bagi menunaikannya. Jadi isu ini berlainan daripada apa yang dibincangkan iaitu tempat mana yang perlu dibayar zakat fitrah. Makanya kita nyatakan pada waktu wajib di mana ia berada dan kami mentarjihkan agar zakat fitrah ditunaikan lebih awal daripada waktu wajib sehari atau dua hari seperti kenyataan Ibn Umar R.Anhuma.

Penutup

Semoga penjelasan ini akan dapat menyelesaikan maksud di mana zakat fitrah wajib dibayar dan saya ulangi sekali lagi bahawa kewajipan tersebut bergantung di mana dia berada pada waktu wajib zakat ditunaikan iaitu bermula pada malam raya sehingga sebelum solat hari raya. Walaupun begitu boleh kita bayar sehari atau dua hari sebelum hari raya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Marilah sama-sama kita mencari keredhaan Allah dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini agar kita meraih ketaqwaan.

Cara Elak Gangguan Syaitan Ketika Solat

 

IMG_8611

Gambar Hiasan

 

Antara Sunnah yang dilupakan oleh masyarakat kini adalah cara yang diajar oleh Rasulullah ﷺ bagi mengelakkan gangguan dari syaitan ketika solat. Berdasarkan hadith Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu

عَنْ أَبِي، الْعَلاَءِ أَنَّ عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ، أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلاَتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَىَّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزِبٌ فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْهُ وَاتْفِلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلاَثًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللَّهُ عَنِّي ‏.‏

Uthman bin Abi al-‘As radiallahu ‘anhu datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya syaitan telah datang dalam solat ku dan dia mengganggu bacaan ku. Rasulullah ﷺ bersabda: Itulah syaitan yang yang dipanggil Khinzib. Apabila engkau merasai gangguannya, mohonlah perlindungan daripada Allah, dan meludahlah ke sebelah kiri mu tiga kali. Uthman berkata: Aku melakukan hal itu, lalu Allah menghindarkan syaitan daripada ku. [Sahih Muslim, Kitab as-Salam, hadis no: 2203]

Menurut an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim VII/447, hadith ini jelaskan sunat meminta perlindungan diri daripada syaitan jika merasa bisikan, disertai dengan meludah ke arah kiri 3 kali.

Syeikh bin Baz pula dalam Majmuk Fataawa Syeikh bin Baz, menoleh ketika solat untuk berlindung kepada Allah daripada syaitan terkutuk ketika mendapat bisikan adalah boleh. bahkan disunatkan ketika keperluan memuncak dan ianya cukup dengan kepala sahaja.

Oleh itu, kita dibolehkan untuk meminta berlindungan dari Allah apabila diganggu syaitan ketika solat meludah ke kiri 3 kali. Meludah yang dimaksudkan adalah meniup berserta sedikit air liur.

Bagaimana pula gangguan ketika solat jemaah?

Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin rahimahullah ditanya:

Apabila seseorang itu solat secara berjemaah. Bagaimana dia boleh meludah ke sebelah kirinya?

Jawapan: Apabila dia berada di kiri dan hujung saf. Maka dia boleh meludah ke sebelah kirinya jika bukan di masjid. Jika tidak, dia boleh meludah ke sebelah kirinya pada pakaiannya, kopiahnya atau sapu tangannya. Jika dia tidak dapat meludah, maka cukup sekadar dia berpaling ke arah kiri dan membaca: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (membaca ta’awuz = أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).

Kata beliau lagi: Cukup untuk dia menyebut Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam (membaca ta’awuz = أعوذ بالله من الشيطان الرجيم) tanpa perlu meludah agar tidak menganggu orang sekeliling yang sedang solat.

Rujukan;

 

Bolehkah Mencampur Mazhab

Video mengenai hukum mencampur mazhab dalam ibadat oleh Ustaz Dr Zaharuddin Mohammad, Ustaz Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan Ustaz Dr Fadlan Othman.

 

 

Ramadhan: Lailatul Qadar

Krabi-145

Dalam perjalanan balik raya aidilfitri ke kampung adakalanya terdengar perbualan ayah dan mak mengenai Lailatul Qadar.
Abg! Rasanya malam tadi dah lailatul qadar, cuaca nampak redup.. Matahari pun tak berapa panas.
Tambah ayah pula, pokok pun nampak tunduk..
Bila  pandang luar tingkap kereta, tak nampak pula pokok tu tunduk.. Yang peliknya macam mane ayah tahu pokok tu tunduk sedangkan kita baru melalui kawasan tu dan manalah tau pokok tu memang tunduk secara semula jadi.

Lailatul Qadar dan Kelebihan

Lailatul qadar adalah malam yang ditetapkan Allah. Terdapat dua pengertian malam lailatul qadar iaitu malam kemuliaan dan adalah waktu ditetapkannya takdir tahunan.

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan: 4). Qotadah berkata, “Yang dimaksud adalah pada malam lailatul qadar ditetapkan takdir tahunan.” (Jami’ul Bayan ‘an Ta’wili Ayil Qur’an, 13: 132)

Lailatul qadar diambil daripada kalimah al-Qadar bermaksud kemuliaan atau kedudukan tinggi.  Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusanNya dan menetapkan taqdir segala perkara.

Firman Allah : Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar. [Surah al-Qadar: 1-5].

Menurut Maulana Asri Yusof dalam kuliah Sahih Muslim. Malam Lailatul Qadar adalah malam ketetapan atau keputusan. Terdapat 2 pendapat ulama, pertama; Allah swt mengutuskan apa-apa yang berlaku pada manusia disepanjang tahun dan malaikat pun diberitahu pada malam itu. Pendpat kedua; malam dimana Allah turunkan al quran yang merupakan kata pemutus nasib dan taqdir kehidupannya bahagia atau celaka didunia dan akhirat. Jika manusia menerima al quran dia bertuah.

Kelebihan al Qadar

Antaranya kelebihannya diampunkan dosa-dosa yang lepas utk sesiapa beribadat pada malam tersebut seperti sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam:

((مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [البخاري ومسلم]

Maksudnya:

“Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim]

Beberapa kelebihannya berdasarkan surah al-Qadar adalah:

  • Allah menurunkan Al-quran pada malam tersebut dan ia memberi pertunjuk kepada manusia.
  • Ianya lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
  • Malaikat turun pada malam tersebut dengan membawa keberkatan dan rahmat.
  • Malam tersebut adalah malam yang sejahtera sehingga terbit fajar.

Bila berlakunya al-Qadar?

* Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan satu hadith, Abu Zar RA bertanya kepada Rasulullah Shallahu ‘alaihi Wasallam, maksudnya:

“Wahai Rasulullah, khabarkan padaku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Jawab Baginda SAW: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. [HR: Ahmad dan Nasa’i]

 * Berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” [HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169].

* Berlaku lailatul qadar pada malam-malam ganjil, Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” [HR. Bukhari no. 2017]

*  Berlakunya pada malam ke 27 dan 5 malam berbaki dari bulan Ramadhan.

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” ([HR. Bukhari no. 2021]

*  Bagi sesiapa yang tidak mampu menghidupkan pada 10 malam terakhir, boleh la memulakan pada 7 malam terakhir. sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam:

((التَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ -يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ- فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ، أَوْ عَجَزَ، فَلا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي)) [مسلم]

“Carilah pada sepuluh terakhir. Jika salah seorang di kalangan kamu lemah atau tidak berupaya, maka janganlah dia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi.” [HR: Muslim].

*  Berlaku pada malam 27 Ramadhan, berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka’ab ra beliau berkata, yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah SAW telah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam yang ke 27,” dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami bahawasanya matahari yang akan terbit pada pagi harinya tiada (شعاع) sinarnya”.

Menurut Maulana Asri lagi, Imam Nawawi rahimahullah dinukilkan dari Qadir Iyat, ulama berselisih pendapat mengenai bila berlakunya malam Lailatul Qadar antaranya, satu kumpulan ulama berpendapat malam qadar itu berpindah-pindah dalam setahun atau tidak khusus dalam ramadhan sahaja, ada yg mengatakan malam qadar berpindah-pindah 10 akhir Ramadhan, berlaku sepanjang bulan Ramadhan dan pendapat Ibnu Abbas adalah malam 23 dan malam 27 Ramadhan. Kebanyakan hadith-hatith kuat malam al qadar adalah pada 10 malam terakhir dan malam ganjil 10 akhir Ramadhan.

Al Imam Ibnu Hajar Asqolani telah menyebut dalam kitabnya Fathul Bari dan syarah Sahih Muslim, terdapat lebih 40 pendapat ulama dalam masalah bila berlakunya Lailatul Qadar. Pendapat yang paling kuat adalah lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Hikmah Allah menyembunyikan bila terjadinya lailatul qadar adalah agar manusia bersemangat untuk mencarinya dan bukan menunggunya. Jika Lailatul Qadar ditentukan harinya nescaya manusia bermalasan untuk beribadat.

Amalan yg Digalakkan

*  Digalakkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW  Aisyah radhiallahu’anha meriwayatkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain.

Di dalam hadith muttafaq alaih kata Aisyah ra: “Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam apabila masuk sepuluh terakhir Baginda mengetatkan kainnya (tidak mendatangi isterinya), menghidupkan malam dan mengejutkan keluarganya”.

Aisyah ra juga meriwayatkan, maksudnya: “Adalah Nabi Shalallahu ‘alaihi Wasallam pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh terakhir, Baginda bersungguh-sungguh, dan mengetatkan kainnya”. [HR: Ahmad].

Menghidupkan malam bukan hanya dengan solat malam malah dengan mempelbagaikan ibadah dengan berzikir, membaca al-quran berdoa, beristighfar dan ibadah lain. sebagaimana apa yang di maksudkan oleh Aisyah ra: “Aku tidak mengetahui Rasulullah pernah mendirikan malam sehingga pagi”, maksudnya Rasulullah tidak pernah solat sahaja sepanjang malam.” Rasulullah juga mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah.

*  i’tikaf dan melazimi masjid pada 10 malam terakhir untuk melakukan ketaatan dan amalan-amalan soleh seperti zikir, berdoa, membaca al quran dan lain-lain. Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, maksudnya:

“ Rasulullah SAW akan beri’tikaf pada sepuluh akhir setiap kali datang bulan Ramadhan. Tetapi pada tahun Baginda diwafatkan Baginda beri’tikaf selama 20 hari.” [HR: Al- Bukhari].

Daripada Ibnu Umar ra maksudnya:

“Rasulullah SAW beri’tikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan”. [HR: Al-Bukhari].

Daripada Aisyah ra maksudnya:

“Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkan Baginda. Kemudian, isteri-isterinya terus beri’tikaf selepasnya”. [HR: Al-Bukhari].

Boleh juga menghadiri majlis-majlis ilmu ketika tempoh ‘tikaf kerana menuntut ilmu adalah salah satu ibadah tetapi ada juga ulama yang tidak menggalakkanya seperti Imam Malik. Katanya: “(Sewaktu i’tikaf) Jangan menyibukkan diri dengan majlis-majlis ilmu dan jangan juga mencatat ilmu”. Oleh itu tidak salah untuk menghadir majlis ilmu sewaktu ‘itikaf jika ia tidak berpanjangan dan menganggu tumpuan kepada maksud utama i’tikaf.

Hikmah dari ‘itikaf ini bagi mengharapkan bertemu dengan Lailatul qadar, mudah dan fokus untuk melakukan ketaatan pada Allag dan supaya bersemangat dan tidak lalai/  dengan agenda-agenda lain.

*  Membaca doa yang diajar oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam kepada Aisyah ra jika ditemukan dengan Lailatul Qadar. Aisyah ra berkata:

”Wahai Rasulullah, sekiranya aku dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: ((اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي)) Maksudnya: “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku.” [HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].

 Tanda-tanda Lailatul Qadar

Menurut Ustaz Fathi Ali, tiada sebarang riwayat yang sahih tanda-tanda lailatul qadar sebelum atau semasa malam al qadar tersebut. Semua adalah riwayat yang lemah dan ada kecacatan. Diantaranya adalah:

  • Dari Jabir bin `Abdillah secara marfu’, bahawa Nabi SAW bersabda seperti dibawah:

    و هي لية طلقة بلجة لا حارة و لا باردة

    و زاد الزيادي: كأن فيها قمرا يفضح كواكبها و قالا : لا يخرج شيطانها حتى يضيء فجرها

    Maksudnya: “…dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk”. Dan menambah al-Ziyadi (perawi) akan lafaz “seakan-akan dalamnya ada Bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajr”

    Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar (no. 2190), hadith ini Dha’if.

  • dari`Ubadah bin al-Somit secara marfu’ , bahawa Nabi SAW bersabda seperti dibawah:

    إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ

    لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ

    الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

    Maksudnya: “Tanda-tanda malam al-Qadr adalah malam yang terang sepertinya Bulan terang, tenang, sunyi, tidak sejuk, tidak panas, tidak dihalalkan bagi bintang-bintang untuk dilemparkan pada malam itu hingga pagi, dan tanda-tandanya adalah di pagi harinya Matahari terbit sejajar, tidak mempunyai sinar seperti Bulan pada malam purnama, dan tidak halal bagi Syaitan untuk keluar pada saat itu”

    Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad (no. 22765), hadith ini Dha’if, isnadnya putus (munqathi’) kerana Khalid bin Ma’dan tidak pernah sama sekali mendengar daripada `Ubadah bin al-Somit, kata Imam Abu Hatim dalam al-Marasil (1/11(183))

  • Sebuah hadith Sahih daripada Abu Hurairah seperti dibawah:

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال تذاكرنا ليلة القدر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال أيكم يذكر

    حين طلع القمر وهو مثل شق جفنة ؟

    Maksudnya: “Dari Abu Hurairah katanya “kami teringat akan malam al-Qadr disisi Rasulullah SAW, maka Beliau SAW pun bersabda: “Siapakah antara kalian yang teringat ketika Bulan muncul (terbit) seperti syiqq jafnah (iaitu separuh belahan bekas berbentuk bulat)?”

    Adakah dalam hadith di atas Nabi SAW telah memberitahu akan sifat khusus semasa malam al-Qadr itu berlaku kepada para Sahabat? jawabnya tidak! Hadith ini perlulah difahami dengan melihat huraian para ulama, antaranya kata Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini:

    و ( الجفنة ) … قال القاضي : فيه إشارة إلى أنها إنما تكون في أواخر الشهر ؛ لأن القمر لا يكون كذلك عند طلوعه إلا في أواخر الشهر

    Maksudnya: “Dan (jafnah – iaitu separuh bekas berbentuk bulat) … kata al-Qaadhi bin Iyadh: padanya isyarat bahawa ianya (iaitu al-Qadr) itu berlaku pada akhir-akhir Bulan, kerana Bulan tidak muncul (tidak terbit) sedemikian rupa (iaitu Bulan tidak terbit seperti belahan mangkuk (atau separuh bekas berbentuk bulat) kecuali pada akhir-akhir bulan” [Rujuk: Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, 8/66]

    Berdasarkan penjelasan Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qadhi Iyadh diatas, maksud kenyataan Nabi SAW dengan “Bulan muncul (terbit) seperti separuh bekas berbentuk bulat” itu bukanlah petunjuk khusus akan sifat malam al-Qadr, akan tetapi ia adalah petunjuk umum sahaja.

    Iaitu Nabi SAW memberitahu para sahabat bahawa malam al-Qadr itu berlaku pada akhir-akhir bulan Ramadhan, kerana Bulan tidaklah terbit seperti separuh bekas berbentuk bulat melainkan pada malam-malam akhir setiap bulan secara umumnya.(Sumber:http://ansarul-hadis.blogspot.com/2013/07/tanda-malam-al-qadr-dari-hadith-yang.html?m=1)

Riwayat tanda-tanda yang sahih adalah petanda lepas berlakunya malam Lailatul Qadar. Sebagaimana hadith dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,

هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762).

Ibnu Hajar Al Asqolani berkata,

وَقَدْ وَرَدَ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَامَاتٌ أَكْثَرُهَا لَا تَظْهَرُ إِلَّا بَعْدَ أَنْ تَمْضِي

“Ada beberapa dalil yang membicarakan tanda-tanda lailatul qadar, namun itu semua tidaklah nampak kecuali setelah malam tersebut berlalu.” (Fathul Bari, 4: 260).

Bagi hadith Ubay bin Ka’ab, menurut Maulana Asri tidak boleh dijadi panduan untuk menunggu Lailatul Qadar kerana tandanya barangkali terjadi pada tahun dan masa itu.

Tidak Memilih Malam Ganjil Sahaja

Disebalik ada riwayat sahih tentang malam Lailatul Qadar, namun kita jangan sesekali memilih ganjil sahaja untuk beribadat kerana tidak mengetahui bilakah berakhir Ramadhan. Barangkali boleh berakhir malam ke 29 ataupun 30 dan sememangnya kita tidak mengetahui lailatul Qadar di malam ganjil atau genap. Kedua-duanya ada kemungkinan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa sepantasnya bagi seorang muslim untuk mencari malam lailatul qadar di seluruh sepuluh hari terakhir. Kerana keseluruhan malam sepuluh hari terakhir boleh teranggap ganjil jika yang dijadikan perkiraan adalah dari awal dan akhir bulan Ramadhan. Jika dikira dari awal bulan Ramadhan, malam ke-21, 23 atau malam ganjil lainnya, maka sebagaimana yang kita kira. Jika dikira dari Ramadhan yang berbaki, maka boleh jadi malam genap itulah yang dikatakan ganjil. Dalam hadits datang dengan lafazh,

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah malam lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Boleh jadi lailatul qadar ada pada sembilan hari yang berbaki, boleh jadi ada pada tujuh hari yang berbaki, boleh jadi pula pada lima hari yang berbaki.” (HR. Bukhari no. 2021).

Jika bulan Ramadhan 30 hari, maka kalau mengira sembilan malam yang berbaki, maka dimulai dari malam ke-22. Jika tujuh malam yang berbaki, maka malam lailatul qadar terjadi pada malam ke-24. Sedangkan lima malam yang berbaki, berarti lailatul qadar pada malam ke-26, dan seterusnya (Lihat Majmu’ Al Fatawa, 25: 285).

Kesimpulan

Carilah malam lailatul qadar pada setiap malam di sepuluh malam terakhir dengan penuh ketaatan dan taqwa. Sesungguhnya ianya adalah anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad Shalallahu ‘alaihi Wasallam. Allahu’alam

Rujukan:
http://www.abuanasmadani.com/?p=102
http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/kajian-ramadhan-17-tanda-lailatul-qadar-dan-kapan-lailatul-qadar-terjadi.html

 

Hari Raya Aidilfitri: Panduan Menyambutnya

 

IMG_6381.JPG

Panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri:

  • Disyariatkan bagi kaum lelaki untuk mandi sunat Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa umar mandi sebelum keluar bersolat Aidilfitri [Dikeluarkan Malik dengan isnad Sahih].
  • Memperindah dir i- bukanlah bermaksud memakai baju baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, tapi bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain.
  • Disyariatkan bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan. Takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dgn suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah, bukannya dengan nada sayu sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kaum di malaysia. Tidak disyariatkan bertakbir secara berjamaah dengan satu ketua, sebaliknya yang sunnah ialah takbir Aidilfitri itu dilakukan secara sendiri-sendiri.
  •  Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para Sahabat Nabi ketika bertakbir bersama Nabi, ada yang sedang membaca {Allahu akbar}, dan ada pula yang sedang membaca {la ilaha illallah}, dan mereka tidak saling menyalahkan yang lain. Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa takbirnya para Sahabat Nabi tidak seragam. Ini kerana, mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidaklah berjamaah dengan satu ketua. [Rujuk: Musnad al-Syafie, 909].
  • Sunat juga sebelum keluar ke solat aidilfiti agar makan terlebih dulu. Berkata Anas bermaksud:

” Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk laksankan solat Aidifitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR al-Bukhari].

  • Sunat agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu.
  • Digalakan Solat Aidilfitri itu tempatnya di padang atau tanah lapang, dan bukannya di masjid berdasarkan hadith Sahih riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri
  • Begitu juga tidak disyariatkan utk azan atau iqamah duriwayatkan dari Ibn `Abbas dan Jabir mereka berkata:
    Maksudnya: “Tiada azan untuk solat `Eid al-Fitr dan juga al-Adha” [HR. al-Bukhari).
  • Sunnah Pulang dari tempat solat gunakan lain dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Inilah yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya;

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW jika bersolat `Eid, Baginda mengambil jalan yang  berbeza  antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].

  • Ucapan yang baik seperti “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”,
  • Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur di pagi raya.
  • Bermaaf-maafan di pagi raya bukan satu kemestian. Meminta maaf sejurus melakukan kesalahan.
  • Bergembira pada hari Aidilfitri.

Dipetik dan dirumuskan dari Nota Sifa Puasa, Qiam, Iktikaf dan Raya Nabi Oleh Ustaz Muhd Fathi Ali. Semoga Allah memelihara dan merahmatinya.

Ke Tanah Haramain (Bhgn 1)

Persediaan Sebelum ke Haramain

Baitullah

Baitullah

Antara berikut persediaan sebelum ke Haramain

a)      Bekalan ubat-ubatan seperti panadol, ubat selsema, ubat batuk, multi vitamin, repair cream utk cracked heel berguna utk selepas saie dan tawaf.

b)      Wang Saku yg secukupnya. RM1500 sudah lebih daripada mencukupi dan digalakkan untuk menukar duit di Madinah atau Mekah (nilai tukar lebih besar).

c)       Kad pengenalan, lesen dan Kad ATM tidak perlu dibawa.

d)      Baju yg T-shirt yg ada zip berpoket ditengah untuk menyimpan duit,

e)      Gunting kecil untuk bertahalul selepas bersaie. Jangan sesekali bergunting dengan budak2 yang offer untuk gunting rambut sebab bayaran akan dikenakan selepas bergunting. (tapi kalau berniat untuk bersedekah tidak menjadi masalah). Jika terlupa juga untuk bawa gunting boleh meminta jemaah lain yg memakai ihram yg mempunyai gunting untuk bertahalul.

f)       Uncang Kasut – untuk menyimpan kasut atau selipar untuk dibawa ke Masjid (untuk mengelakkan kasut hilang dan memudahkan untuk keluar  di pintu berlainan).

g)      Stokin

h)      Menanda Luggage dengan nama dan sesuatu yang mudah untuk dikesan (eg: tali berwarna).

i)        Kain Ihram – 2 pasang bergantung kekerapan hendak lakukan umrah.

j)        Jubah/ baju untuk solat.

k)      Seluar panjang

l)        Seluar Dalam.

m)    Toiletries.

n)      Selipar.

o)      Tali pinggang Haji ( untuk dipakai bersama kain ihram).

p)      Baju Sejuk atau jaket ( untuk musim sejuk).

q)      Buku panduan umrah atau haji.

r)       Dokumen perjalanan / passport.

s)       Belajar cara2 memakai ihram.

t)       Sim card boleh didapati dengan mutawif ataupun di tanah haram. Eg: Mobily atau Zain. Kalau prepaid ‘Zain’ started pack dalam RM50.

Di Madinah

20140220-154336.jpg 20140220-154305.jpg

a)      Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Madinah mengambil masa lebih kurang 8 jam

b)      Apabila sampai di ‘airport’ madinah, jangan sesekali memberi orang lain mengangkat atau menolak beg kerana caj akan dikenakan setiap beg yang ditolak.

c)       Nama asal madinah sebelum hijrah Rasulullah SAW ialah Yatrib. Diambil sempena nama pengasasnya Yatrib bin Qaniah. Madinah bermaksud bandar. Al Madinah disebut 4 kali dalam al quran ; Surah at Taubah 9: 101, Surah at Taubah 9: 120, Surah Al Ahzab 30: 60 dan Surah al Munafiqun 63:8. Nama lain bagi madinah juga Taibah dan Tobah bemaksud bauan yg harum mewangi.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Allah SWT telah menamakan Madinah; Thobah” (Sahih Muslim no. 1385)

Dan selainnya madinah juga dipanggil Al-Dar, Al-Iman, Al-Hasinah, Al- balad etc.

Kelebihan dan Larangan

a)      Merupakan tanah haram selepas Makkah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya seperti Ibrahim berdoa untuk Makkah.” (Sahih Bukhari no.2129)

Sempadan tanah haram seperti dijelas dalam hadis.

Sabda Rasulullah SAW “ Tanah haram Madinah itu diantara bukit ‘Eir (selatan Madinah) dan bukit thaur (utara Madinah) (Sahih Bukhari no. 6374, Muslim no. 3393)

Dan sempadan dari timur ke barat

sabda Rasulullah SAW “ diantara dua tanah hitamnya (Madinah) itu adalah tanah haram”. (Sahih Bukhari no. 1774)

b)      Doa Rasulullah SAW keberkatan Madinah

20140220-154336.jpg

“ Ya Allah, jadikanlah berkat Madinah 2 kali ganda daripada berkat yang Engkau jadikan untuk Makkah” (Sahih Bukhari no 2129, Sahih Muslim no. 1360)

c)       Ancaman bagi melakukan dosa dan kezaliman

Daripada Ali Abi Talib r.a bersabda Nabi SAW bermaksud “ Madinah adalah tanah haram, letaknya diantara Bukit ‘Eir dan Bukit Thaur, sesiapa yang melakukan kezaliman (maksiat) atau melindungi orang yang melakukan kezaliman (maksiat) didalamnya maka ke atasnya laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya dan semua amalan baiknya sama ada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah daripadanya pada hari Kiamat”. (Sahih Bukhari no. 6775)

d)      Kelebihan bersabar tanggung kesusahan

Sabda Nabi SAW bermaksud “ Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahan di Madinah, aku akan member syafaat kepadanya pada hari kiamat atau menjadi saksi kepadanya”. (Sahih Muslim no.1378)

e)      Mati Di Madinah

Daripada Abdullah Ibnu Umar r.a. Rasulullah SAW bersabda bermaksud. “ Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah dilakukannya. Sesungguhnya aku akan member syafaat kepada mereka yang mati di Madinah” (Riwayat Ahmad no. 5438, Al Tirmizi no 3917)

f)       Kelebihan Belajar di Masjid Nabawi

Ustaz Abdullah Roy menyampaikan kuliah

Ustaz Abdullah Roy menyampaikan kuliah

Di Masjid nabawi setiap usai solat magrib ada kuliah yang disampaikan oleh ustaz ustaz di sana. Bagi yang tidak memahami bahasa arab boleh pergi ke ustaz dari Indonesia disebelah belakang masjid. Ustaz Abdullah Roy salah seorang diantara penyampai kuliah.

Maksudnya.” Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya adalah umpama mujahid di jalan Allah dan sesiapa yang masuk dengan tujuan lain adalah umpama orang yang melihat kecantikan barang orang lain” (Sahih Sunan Ibn Majah no.184)

g)      Terpelihara dari Dajal dan Taun

Bermaksud “Disetiap pintu masuk madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajal daripada menyerang Madinah” (Sahih Bukhari no.1880, Sahih Muslim no.1379)

h)      Besolat di Masjid Nabawi 1000 kali lebih baik

20140220-154438.jpg

Termasuk solat fardu dan sunat.

Daripada abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda bermaksud “Pahala solat dimasjid ku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di lain-lain masjid kecuali di Masjidilharam” (Sahih Bukhari no.1190)

Dan  “ Sesiapa mengerjakan solat berjemaah selama 40 hari dengan sempat takbir pertama imam, maka ditulis untuknya dua kelepasan, keselamatan daripada api neraka dan terlepas daripada (bahaya) nifak” (Sunan Al Tirmizi, Sahih sunan al tirmizi no.200)

**Hadis menyebut kelebihan menziarahi makam Rasulullah SAW dan kecaman orang meninggalnya spt:

  •  Sesiapa ziarah kuburku akan mendapat syafaatku.
  • Sesiapa kerjakan haji dan tidak datang menziarahiku sesungguhnya orang itu membenciku.
  • Sesiapa yang mengerjakan haji, kemudian datang menziarahi kuburku adalah seperti mereka yang datang menziarahiku sewaktu hidupku dan seumpamanya

Tidak boleh dijadikan hujah kerna hadis nya terlalu lemah ataupun palsu. Sebagaimana dijelaskan ulama hadis seperti al-Baihaqi, Ibn Hajar dan lain-lain. Berkata Syeikh Ibn Taimiah r.hm dalam Majmuk Fatawa Ibn Taimiah “ Tidak ada hadis yang boleh dibuat dalil dalam bab ini (ziarah) bahkan semuanya daif atau maudhu’ (palsu)”

i)        Haram menangkap Binatang buruan dan memotong Pokok

Hadis bermaksud” Dan aku mengharamkan madinah diantara dua tanah hitamnya, jangan dipotongnya dan jangan ditangkap binatang perburuannya” (Sahih Muslim no.1362)

j)        Larangan Membawa senjata di Madinah

k)      Larangan ambil barang tercicir

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “ Dan jangan diambil barang yang ditemui tercicir kecuali untuk diiklankan” (Musnad Ahmad no.959 dan Sunan Abu Daud no.2035 Hasan)

l)        Larangan membunuh ular

Rasulullah SAW bersabda maksudnya. “ Sesungguhnya di Madinah ini ada jin-jin yang telah islam. Apabila kamu melihat sesuatu maka berilah peringatan kepadanya selama tiga hari, jika kamu masih melihatnya selepas itu, bunuhlah ia. Sesungguhnya ia adalah syaitan”. (Sahih Muslim no.2236)

m)    Jangan lintasi  orang solat

20140220-153910.jpg

Perkara ini selalu terjadi di Raudah dimana orang berebut untuk ke sana. Digalakkan bersolat di belakang tiang.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud :” jikalau seseorang itu tahu akan kesalahan melintas dihadapan orang bersolat, nescaya dia berdiri menunggu (sehingga orang itu selesai solat) selama 40 *(tahun, bulan, hari) lebih baik baginya daripada melintas di hadapan orang yang sedang bersolat” (Sahih Bukhari no.510)

n)      Solat sunat dalam Waktu ditegah kecuali Masjidil Haram

Adab Ziarah

20140220-154320.jpg

a)      Banyakkan Selawat dan salam pada Rasulullah SAW.

b)      Jangan mengangkat suara kuat dalam Masjid mahupun membaca al quran dan memberi salam pada Rasulullah SAW.

c)       Jangan membongkok ketika member salam pd Rasulullah (jauhi amalan bidaah).

d)      Di larangan meminta hajat dan pertolongan ketika ziarah rasulullah SAW.

e)      Masuk Masjid dengan Kaki Kanan dan Doa. Kemudian Solat Tahiyyatul Masjid

f)       Jangan menyentuh atau mengucup mana mana bahagian makam atau masjid.

g)      Berdoa mengadap kiblat bukannya makam Rasulullah.

h)      Jangan berebut semasa di makam dan raudhah. Doa kita mungkin tertolak disebabkan kita menyakiti orang walaupun berdoa di tempat makbul?

i)        Penuhkan Saf Solat.

j)        Jangan duduk di pintu masjid.

k)      Banyakkan ibadat seperti solat sunat, tasbih, zikir, membaca al quran etc

l)        Jangan berbual kosong.

m)    Datang awal ke masjid sebaik-sebaiknya sejam awal.

Masjid Nabawi

20140220-154353.jpg

a)      Digalakan ziarahi masjid nabawi seperti

Sabda Rasulullah bermaksud “ Tidaklah digalakkan bermusafir melainkan tiga buah masjid iaitu Masjidilharam, masjidil Aqsa dan Masjidku ini” (Sahih Bukhari no.1197)

b)      Telah mengalami beberapa pembesaran masjid dan 2 kebakaran.

c)       Walaupun masjid Nabawi mengalami beberapa pembesaran, jumhur ulama berpendapat semua bangunan yg ditambah selepas zaman Nabi SAW adalah dikira sebagai masjid Nabawi, pahala dan ganjarannya sama.

20140220-154806.jpg

Riwayat daripada Abu Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda bermaksud

“ Jika masjid ku ini dibesarkan sehingga ke San’a (Yaman) ia masih tetap menjadi masjidku”

(lihat tarikh al Masjid al Nabawi 11, al silsilah al Dhai’fah 2/402 no.973. Syeikh Al Albani mendaifkan hadis ini. Tetapi maknanya sahih berdasar amalan para salaf.

d)      Tidak ada apa apa kelebihan pintu bab al salam melainkan tempat laluan masuk ke masjid untuk ziarah makam Rasulullah SAW.

e)      Tempat solat Rasulullah setelah kiblatkan kaabah ialah sebelah kanan lubang mihrab yang ada sekarang atau sebelah kiri mimbar.

20140220-154511.jpg

Mihrab dan Tiang Wangi

f)       Terdapat 8 tiang bersejarah iaitu tiang wangi (tempat Rasulullah selalu solat, tempat berlakunya tangisan batang tamar sewaktu rasulullah berpindah menyampaikan khutbah di mimbar), Tiang Aisyah, Tiang Taubat, Tiang katil, tiang pengawal, tiang perwakilan etc.

g)      Pada zaman Rasulullah SAW tiada mihrab dibina.

h)      Mimbar yang ada pada hari ini adalah mimbar yang dihantar oleh Sultan Murad bin Salim dari Empayar Uthmaniyah pada 1593 Masihi.

20140220-154455.jpg

Mimbar Masjid Nabawi

i)        Raudhah adalah tempat yang sangat mulia, yang menjadi tempat Rasulullah dan sahabat beribadat dan tempat turunnya wahyu. Ia juga sebuah taman syurga.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya “ Diantara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak diatas kolamku” (Sahih Bukhari no.1196).

20140220-231546.jpg

Sebagai tanda, karpet di Raudhah berwarna hijau. Waktu yang mudah untuk ke Raudhah biasanya selepas solat subuh. Allahu’alam

j)        Kubur yang terletak di dalam masjid ialah Makam Rasulullah SAW, Sayidina Abu Bakar r.a dan Sayidina Umar r.a. Rasulullah SAW juga pernah berdoa bermaksud

“ Ya Allah, janganlah engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah. Allah sangat murka kepada golongan yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadat” (Al-Muwatta’ 1/172)

P1020071

Makam Rasulullah SAW dan 2 Sahabatnya

k)      Perkuburan Baqi’- terletak sebelah kiri Masjid Nabawi. Waktu melawatnya selepas solat subuh, selepas solat asar sebelum maghrib dan ketika ada jenazah hendak dikebumikan. Hanya kaum lelaki sahaja dibenarkan masuk. Antara sahabat dikebumikan disini ialah isteri Rasulullah, Abu Sufian, Abdullah bin Jaafar, Ibrahim bin Rasulullah, puteri rasulullah (Ummu Kalsum, Ruqayah, zainab), Abu Sa’id Al Khudri, Usman Affan r.a etc.

Perkuburan Baqi' di awal pagi

Perkuburan Baqi’ di awal pagi

Doa yang boleh diamalkan ketika menziarahi kubur seperti dibawah:

Aisyah r.ha telah bertanya kepada Rasulullah apakah patut dibaca ketika menziarahi kubur dan jawab Rasulullah SAW

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لاَحِقُوْنَ [وَيَرْحَمُ اللهُ الْمُسْتَقْدِمِيْنَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِيْنَ] أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ. 

Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penduduk kampung (Barzakh) dari orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya kami –insya Allah- akan menyusulkan, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diinginkan). [HR. Muslim 2/671 dan Ibnu Majah. Lafazh hadits di atas milik Ibnu Majah 1/494, sedangkan doa yang ada di antara dua kurung, menurut riwayat Muslim, 2/671.]

 Tempat Ziarah di Madinah

a)      Masjid Quba

Masjid yang pertama dibina atas dasar taqwa dan iman. Menurut Imam Al Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah SAW selalu ke Masjid Quba’ pada setiap Sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasulullah SAW pergi pada hari Isnin dan Khamis. (Sahih Bukhari no 1193).

Masjid Quba'

Masjid Quba’

Kelebihan Masjid ini juga seperti sabda rasulullah SAW bermaksud

“ Sesiapa yang berwuduk dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk bersolat akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (Sahih al-jami’ al Soghir no 6154).

Kepada jemaah boleh mengambil wuduk di tempat penginapan masing-masing sebelum ke masjid quba’.

b)      Masjid Al Jumuah iaitu tempat dimana Rasulullah SAW pertama kali bersolat jumaat secara terang-terangan selepas hijrah.

c)       Masjid Qiblatain iaitu masjid dua kiblat. Masjid yang mana rasulullah SAW diarahkan supaya solat dari mengadap Baitul Maqdis  tukar kepada Makkah.

d)      Masjid –masjid lain adalah masjid tujuh, al musalla, Al Syajarah etc

e)      Bukit Uhud – bukit ini terbesar dan terpanjang di tanah haram Madinah. Panjangnya 6km lebarnya 3km dan tinggi nya 1km. Tempat berlaku perang uhud. Kelebihan nya adalah Sabda Rasulullah bermaksud

“Bukit ini (Uhud) mencintai kami dan kami mencintainya”  kemudian baginda memandang kea rah Madinah dan bersabda maksudnya “ Ya Allah, aku mengharamkan bumi diantara dua batu hitam (sempadan Madinah) sebagaimana Nabi Ibrahim a.s mengharamkan Makkah. Ya Allah, berilah keberkatan kepada mereka dalam cupak dan gantang mereka” (Sahih Bukhari no.2893)

Jabal Uhud

Jabal Uhud

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya

“Sesiapa yang mengikuti (menziarahi) jenazah seorang muslim atas keimanan dan mengharapkan pahala sehingga selesai solat keatasnya dan juga selesai dikebumikan maka dia mendapat pahala dua qirat. Setiap qirat sebesar bukit Uhud. Sesiapa yang solat ke atasnya kemudian balik maka dia mendapat satu qirat” (Sahih Bukhari no.47)

20140220-154550.jpg

f)       Bukit Ainain (Al-Rumah) – bukit berdekatan dengan Uhud. Diantara Uhud dan Al-Rumah terletak perkuburan syuhada Uhud. Al-Rumah bermaksud tentera pemanah kerana Rasulullah SAW menempatkan 50 orang tentera pemanah. Dan Rasulullah pernah mengeluarkan arahan kepada mereka dengan bersabda.

“Jika kamu melihat kami beroleh kemenangan, jangan sekali-kali turun kepada kami dan jika kamu melihat kami dibunuh pun, jangan cuba turun untuk menolong kami. Jangan tinggalkan tempat kamu itusekalipun kamu melihat tentera islam dipatuk (dimakan mayatnya) oleh burung-burung”

Jabal Al Rumah

h)      Bukit Terbakar / khuraidah – bukit berwarna gelap dan menurut mutawif batu-batu disana ringan berbanding batu-batu lain disebabkan kesan terbakar. Ia dikaitan dengan hadis akhir zaman yang mengatakan keluar api dari bumi Hijaz yang akan menerangi tengkok unta di busra (sebuah negeri di Syam)(Sahih Bukhari no.7118).

Lain-Lain

a)      Minyak Attar –  menurut mutawif (seorg graduan Universiti Islam Madinah) minyak attar terbaik boleh didapati Masjid Quba bersebelahan tempat mengambil wuduk lelaki dan penjual nya lelaki arab.

b)      Al- Quran dan Wakaf al quran – jika berpeluang pergi ke kilang mencetak al-quran dan pastikan pergi pada bukan waktu cuti. Bagi nya ingin mewakafkan al-quran di Masjid Nabawi, dinasihatkan tidak membeli quran di tepi kaki lima yang dicetak diluar Madinah. Hanya quran cetakan Madinah sahaja yang dibenarkan, manakala yang dicetak luar akan dihantar ke masjid-masjid lain.

20140220-154654.jpg

 c)       Tamar -Boleh dapatkan kurma di madinah samada di ladang kurma ataupun pasar kurma. Kurma yang masyhur di sana adalah kurma ‘ajwah/ kurma nabi.

Saad Abi Waqqas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud

‘ Sesiapa makan tujuh biji tamar ‘Ajwah pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya pada hari itu’. (Sahih Bukhari no.5769)

Sebaik-baiknya mencari kurma ajwah yang ditanam dalam bumi madinah itu sendiri kerana  peniaga tidak dapat pastikan dari mana kurma diimport mungkin diimport luar dari Madinah. Boleh juga meminta Mutawif untuk mendapatkan ‘Ajwah yang ditanam di Madinah.

Kurma Basah/ Ru'tob

Kurma Basah/ Ru’tob

d)      Solat Jenazah –Di Madinah di siap waktu selepas solat fardu ada solat jenazah, jadi ambil peluang turut serta untuk dapatkan ganjaran nya. Sukar untuk dapati kekerapan solat jenazah  di masjid-masjid melainkan Di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahwa Rasulullah SAW bersabda maksudnya

“Sesiapa yang mengikuti (menziarahi) jenazah seorang muslim atas keimanan dan mengharapkan pahala sehingga selesai solat keatasnya dan juga selesai dikebumikan maka dia mendapat pahala dua qirat. Setiap qirat sebesar bukit Uhud. Sesiapa yang solat ke atasnya kemudian balik maka dia mendapat satu qirat”

Tazkirah Selepas Pengkebumian Jenazah

Cara tazkirah selepas pengkebumian Jenazah oleh Ustaz Hussein Yee.

Zikir Selepas Solat

Ayyuhal Walad,

Menurut Al Imam Al-Syafi’i mengenai zikir selepas solat dalam kitab utamanya Al-Umm:

” Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir) maka ketika itu dijelaskan zikir, Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan.

Adapun mengenai hadith Ibnu ‘Abbas:

” Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardu berlaku pada zaman Nabi Shalallahu alaihi wassalam.”

Al-Imam Al-Syafi’i menjelaskan seperti berikut:

(Aku berpendapat baginda menjelaskan suara(zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya dari baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara tidak terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?. Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk diatasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat diatasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah ditempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya).

Rujukan: Al-Syafi’i, Mausu’at al-Imam al Syafi’i: Al-Umm 1/353

Muharram: Puasa ‘Asyura & Tasu’a

Ayyuhal Walad,

1) Bulan Muharram

merupakan salah satu dari empat bulan haram yang telah ALLAH muliakan dan Allah melarang berbuat zalim pada bulan ini untuk menunjukkan kehormatannya.  Allah Ta’ala berfirman:

                                                                                                                             فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُم

Maksudnya:  “Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.”

(Surah At-Taubah, 9: 36)

Amalan yang dianjurkan oleh Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam untuk dilaksana pada bulan ini ibadah puasa.  Baginda menganjurkan untuk memperbanyak puasa di dalamnya.

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

                                           أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

Maksudnya:  “Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadhan adalah puasa pada Syahrullah (bulan ALLAH) Muharram. Sedangkan solat malam merupakan solat yang paling utama sesudah shalat fardlu.“

(HR. Muslim, no. 1982)

Menurut Imam Al-Qaari berkata, bahwa secara zahir, maksudnya adalah seluruh hari-hari pada bulan muharram ini.  Tetapi telah disebutkan dalam hadith sahih bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam tidak pernah sama sekali berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan.  Maka hadith ini difahami, dianjurkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

2) Puasa ‘Asyura

Dianjurkan berpuasa pada hari `Asyura khususnya.  Berpuasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

                                                                          وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

Maksudnya:  “Puasa hari `Asyura, sungguh aku berharap kepada ALLAH agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.“

(HR. Muslim no. 1975)

3) Bilakah ‘Asyura?

Hari kesepuluh dari bulan Muharram.  Demikianlah pendapat jumhur ulama dan yang nampak dari zahir hadith berdasarkan kemutlakan lafaznya dan yang sudah ma`ruf menurut ahli bahasa. (Disarikan dari al-Majmu’ oleh Imam al-Nawawi)

Ibnu Qudamah berkata, `Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.  Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah sallAllahu `alaihi wa sallam memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.”

(HR. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadith tersebut hasan sahih)

4) Hari Tasu`a

Disunnahkan juga berpuasa pada hari sebelumnya, yaitu tanggal Sembilan Muharram yang dikenali dengan hari Tasu`a.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radhiAllahu `anhuma beliau berkata:

“Ketika Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa pada hari `Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk berpuasa padanya, mereka menyampaikan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan Nasrani.”

Lalu Baginda sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Kalau begitu, pada tahun depan in shaa’ ALLAH kita berpuasa pada hari kesembilan”.

Dan belum tiba tahun yang akan datang, Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam sudah wafat.”

(HR. Muslim, no. 1916)

Berkata Imam al-Syafi’i dan para sahabatnya, Ahmad, Ishaq dan selainnya, “Disunnahkan berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh secara keseluruhan, kerana Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah berpuasa pada hari ke sepuluh dan berniat puasa pada hari kesembilan.”

5) Hikmah Berpuasa Hari Tasu`a

Imam al-Nawawi rahimahullah menyebutkan tentang tiga hikmah dianjurkannya siyam hari Tasu`a:

Pertama, maksud disyariatkan puasa Tasu`a untuk menyelesihi orang Yahudi yang berpuasa hanya pada hari ke sepuluh.

Kedua, maksudnya adalah untuk menyambung puasa hari `Asyura dengan puasa di hari lainnya, sebagaimana dilarang berpuasa pada hari Jumaat saja.  Pendapat ini disebutkan oleh al-Khathabi dan ulama-ulama lainnya.

Ketiga, untuk kehati-hatian dalam pelaksanaan puasa `Asyura, dikhawatirkan hilal berkurang sehingga terjadi kesalahan dalam menetapkan hitungan, hari ke Sembilan dalam penanggalan sebenarnya sudah hari kesepuluh.

Dan alasan yang paling kuat disunnahkannya puasa hari Tasu’a adalah alasan pertama, yaitu untuk menyelisihi ahli kitab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al Fatawa al-Kubra berkata, “Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam melarang bertasyabbuh dengan ahli kitab dalam banyak hadith.  Seperti sabda beliau tentang puasa `Asyura:

                                                                                                             لَئِنْ عِشْتُ إلَى قَابِلٍ لاَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya:  “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan.”

(HR. Muslim)

Ibnu Hajar rahimahullah dalam catatan beliau terhadap hadith, “Jika saya masih hidup di tahun depan, pasti akan berpuasa pada hari kesembilan”, Keinginan beliau untuk berpuasa pada hari kesembilan dibawa maknanya agar tidak membatasi pada hari itu saja.  Tapi menggabungkannya dengan hari ke sepuluh, baik sebagai bentuk kehati-hatian ataupun untuk menyelisihi orang Yahudi dan Nasrani.  Dan ini merupakan pendapat yang terkuat dan yang disebutkan oleh sebahagian riwayat Muslim.”

6) Bolehkah Berpuasa Pada Hari ‘Asyura Saja?

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam al-Fatawa al-Kubra Juz ke IV berkata, “Puasa hari ‘Asyura menjadi kafarah (penghapus) dosa selama satu tahun dan tidak dimakruhkan berpuasa pada hari itu saja.”

Sedangkan Ibnu Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj menyimpulkan bahwa tidak apa-apa berpuasa pada hari itu saja.

7) Hadith-Hadith Mengenai Puasa pada Muharram

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhriy berkata, telah mengabarkan kepada saya ‘Urwah bin Az Zubair bahawa ‘Aisyah radliallahu ‘anha berkata:”

 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan puasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Setelah diwajibkan puasa Ramadhan, maka siapa yang mahu silakan berpuasa dan siapa yang tidak mahu silakan berbuka (tidak berpuasa).

(Hadith Al Bukhari no: 1862)

Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari bapanya bahwa ‘Aisyah radliallahu’anha berkata: “Orang-orang Quraisy pada masa jahiliyah melaksanakan puasa hari ‘Asyura dan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melaksanakan nya. Ketika beliau sudah tinggal di Madinah beliau tetap melaksanakannya dan memerintahkan orang-orang untuk melaksanakannua pula. Setelah diwajibkan puasa Ramadhan beliau meninggalkannya. Maka siapa yang mahu silakan berpuasa dan siapa yang tidak mahu silakan meninggalkannya”.

(Hadist Al Bukhari no: 1863)

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Ibnu Syibah dari Humaid bin ‘Abdurrahman bahwa dia mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufyan radliallahu anhuma pada hari ‘Asyura ketika tahun penyelenggaraan haji dari atas mimbar berkata: Wahai penduduk Madinah, mana para ulama kalian? Aku pernah mendengar bersabda;” Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah belum mewajibkan puasa atas kalian dan sekarang aku sedang berpuasa, maka siapa yang mahu silakan berpuasa dan siapa yang tidak mahu silakan berbuka (tidak berpuasa).

(Hadist Al Bukhari no: 1864 )

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Ayyub telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Sa’id bin Jubair dari bapanya dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘anhuma berkata:

“ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah sampai dan tinggal di Madinah, Beliau melihat orang-orang yahudi melaksanakan puasa hari ‘Asyura lalu beliau bertanya: “Kenapa kalian mengerjakan ini?” Mereka menjawab: “Ini adalah hari kemenangan, hari ketika Allah menyelamatkan Bani Isra’il dari musuh mereka lalu Nabi Musa Alaihissalam menjadikannya sebagai hari berpuasa”. Maka beliau bersabda: “Aku lebih berhak dari kalian terhadap Musa”. Lalu beliau memerintahkan untuk berpuasa.

(Hadist Al Bukhari no: 1865 )

Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Abu ‘Umais dari Qais bin Muslim dari Thoriq bin Sihab dari Abu Musa radliallahu ‘anhu berkata: “Hari ‘Asyura telah dijadikan oleh orang-orang Yahudi sebagai hari raya mereka, maka Navi shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: ” Berpuasalah kalian pada hari itu”.

(Hadist Al Bukhari no: 1866)

Telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin Musa dari ‘Uyainah dari ‘Ubaidullah bin Abu Yazid dari Ibnu ‘Abbas radliallahu ‘amhuma berkata. ” Tidak pernah aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sengaja berpuasa pada suatu hari yg beliau istimewakan dibanding hari-hari lainnya kecuali hari ‘Asyura dan bulan ini, yaitu bulam Ramadhan”.

(Hadist Al Bukhari no: 1867)

8) Komen Hari ‘Asyura dan Yom Kippur dari Ust Fathi Ali

Hari ‘Asyura bermaksud 10 Muharram, ia merujuj kepada 10 Muharram bagi kalendar hijri muslim (sistem anak bulan/lunar) dan 10 haribulan bulan ke-7 bagi kalendar yahudi (sistem anak bulan-matahari/lunar-solar). Yahudi memanggilnya hari ‘Yom Kippur’ atau ‘The Day of Atonement’, iaitu hari memperingati Allah dari pemerintah mesir zamannya. Nabi Musa AS yang memulakan puasa pada hari ‘Asyura, kemudian diikuti para yahudi dan dikekalkan Rasulullah Muhammad. Saban tahun pada hari ‘Ayura berdasarkan sistem kiraan kalendar masing-masing (lunar vs lunar-solar) kaun muslimin dan yahudi akan berpuasa mengikut tatacara puasa masing-masing (muslim berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari dan yahudi berpuasa selama 25 jam). Kaum muslimin juga digalakkan (bukan wajib) agar turut berpuasa tasu’a agar tampak berbeza dari yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘asyura.

Rujukan :

  1. voa-islam.com
  2. shahmuzir.wordpress.com
  3. http://www.alsadiqin.org/en/index.php?title=The_Prophet%E2%80%99s_(pbuh)_Encounter_with_Yom_Kippur_(Ashura),_622_CE