Murabbi: Sheikh Hussain Yee Abdullah

hussain-yee

Sheikh Hussian Yee dilahirkan pada 1950. Sheikh seorang warga Malaysia dan dilahirkan dalam keluarga yang menganuti agama Buddha. Kembali kepada agama fitrah seusia 18 tahun. Beliau menyambung pengajiannya di Universiti Islam Madinah in Arab Saudi dalam bidang Hadith. Beliau juga belajar selama 4 tahun di bawah Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dan mempunyai hubungan dengan bekas mufti besar Arab Saudi iaitu Ibn Baaz ketika belajar di Universiti Islam Madinah. Selepas tamat pengajian pada 1978, Sheikh Hussain menyertai Muslim Welfare Organization, Perkin yang banyak membantu golongan mualaf dalam mengenal islam. Beliau juga pernah berkhidmat bersama Islamic Centre di Hong Kong.

Di Malaysia, Sheikh Hussain tidak begitu dikenali seperti pendakwah-pendakwah yang lain. Namun, beliau lebih terkenal dalam dunia islam khusus di Asia Pasifik, UK  dan Eropah dalam menyampaikan syarahan agama. Syarahan mengenai islam pernah disiarkan di Peace TV. Pada 1984, beliau menubuhkan badan dakwah iaitu Al Khadeem dan menyandang selaku presiden Al Khadeem.

Rujuk link dibawah untuk syarahannya di PeaceTV dan mengenai al Khadeem.

htp://www.peacetv.tv/en-gb/speakers/hussain-ye

http://www.al-khaadem.com.my/

http://www.thedeenshow.com/user/36/Hussain-Yee