Murabbi: Ustaz Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

basit

Ustaz Dr Abdul Basit merupakan ilmuwan yang aktif dalam dakwah diseluruh Malaysia. Beliau juga digelar sebagai Abu Anas Madani. Ustaz Dr Abdul Basit adalah anak kepada Allahyarham Tuan Guru Abdul Rahman yang juga seorang ulama yang tidak asing lagi di Kelantan. Beliau dilahirkan di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Beliau seorang yang lantang bersuara dan tegas dalam mencegah kemungkaran. Banyak kitab-kitab agama disyarah olehnya beliau diantaranya Riyadhus Solihin, Munyatul Musolli, Hidayatus Salikin, Hisnul Muslim dan banyak lagi. Dalam mensyarahkan kitab-kitab ulama nusantara yang lama, setiap hadith yang lemah dan tidak asalnya, beliau akan membuat komentar dan ulas dengan berdasarkan hadith yang sahih. Beliau banyak menghabiskan waktu belajarnya di Arab Saudi dari peringkat ijazah hingga ke PHD.

Pendidikan

  • Pendidikan awal di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan.
  • Ijazah (Syariah) di Universiti Islam Madinah
  • Master (Syariah) di Universiti Islam Madinah
  • PHD (Syariah) di Universiti Islam Madinah

Jawatan

  • Musyrif/penasihat Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan
  • Ahli Panel Penasihat Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan
  • Pensyarah di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
  • Ahli Jawatankuasa Perkim Negeri Kelantan (2008-2014)

Karya dan Penulisan

  • Penterjemah Kitab Hisnul Muslim
  • Makkah Al-Mukarramah Kelebihan dan Sejarah
  • Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah
  • Keindahan Islam

IMG_7376

Website

www.abuanasmadani.com

 

Advertisements

Sahkah Sumpah Saiful Bukhari.

Apakah sah sumpahnya!

Bubur ‘Asyura: Dimana Asalnya?

IMG_0128

Bubur ‘Asyura Losong, Terengganu

Bubur ‘asyura didalam masyarakat orang melayu cukup sinonim apabila menjelangnya bulan Muharam. Dahulunya orang-orang tua mengaitkan bubur ‘asyura dengan Nabi Nuh AS yang berada di dalam bahtera ketika banjir besar. Jika diingatkan ketika di kampung dahulu, nenek menceritakan kisah nabi Nuh dan bahteranya sambil mengacau bubur ‘asyura. Tetapi yang peliknya siapa yang mencatit resepinya?

Yang dimaksudkan dengan ‘asyura adalah ke 10. Peristiwa yang terjadi pada hari ‘asyura; nabi Musa AS terselamat dari Firaun, nabi Nuh AS terselamat dari banjir besar, Sayyidina Husain terbunuh di Karbala. Hukum memasak bubur asyura adalah harus jika ia tidak dikaitkan atau berpegang dengan peristiwa nabi Nuh AS kerana ianya pembohongan dan tiada dalil mengenainya. Bagi yang mengadakan majlis makan sempena 10 Muharam, amalan ini perlu ditegah kerana menyalahi sunnah yang disunatkan berpuasa pada harinya.
Sekiranya ingin memasak atau memakan bubur ‘asyura buatlah dibulan yang lain selain Muharam. Bubur ‘asyura sememangnya sedap. Allahu’alam.

 

 

Ramadhan: Lailatul Qadar

Krabi-145

Dalam perjalanan balik raya aidilfitri ke kampung adakalanya terdengar perbualan ayah dan mak mengenai Lailatul Qadar.
Abg! Rasanya malam tadi dah lailatul qadar, cuaca nampak redup.. Matahari pun tak berapa panas.
Tambah ayah pula, pokok pun nampak tunduk..
Bila  pandang luar tingkap kereta, tak nampak pula pokok tu tunduk.. Yang peliknya macam mane ayah tahu pokok tu tunduk sedangkan kita baru melalui kawasan tu dan manalah tau pokok tu memang tunduk secara semula jadi.

Lailatul Qadar dan Kelebihan

Lailatul qadar adalah malam yang ditetapkan Allah. Terdapat dua pengertian malam lailatul qadar iaitu malam kemuliaan dan adalah waktu ditetapkannya takdir tahunan.

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad Dukhan: 4). Qotadah berkata, “Yang dimaksud adalah pada malam lailatul qadar ditetapkan takdir tahunan.” (Jami’ul Bayan ‘an Ta’wili Ayil Qur’an, 13: 132)

Lailatul qadar diambil daripada kalimah al-Qadar bermaksud kemuliaan atau kedudukan tinggi.  Ataupun diambil daripada kalimah qadar atau taqdir, kerana pada malam ini Allah SWT memutuskan urusanNya dan menetapkan taqdir segala perkara.

Firman Allah : Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar. [Surah al-Qadar: 1-5].

Menurut Maulana Asri Yusof dalam kuliah Sahih Muslim. Malam Lailatul Qadar adalah malam ketetapan atau keputusan. Terdapat 2 pendapat ulama, pertama; Allah swt mengutuskan apa-apa yang berlaku pada manusia disepanjang tahun dan malaikat pun diberitahu pada malam itu. Pendpat kedua; malam dimana Allah turunkan al quran yang merupakan kata pemutus nasib dan taqdir kehidupannya bahagia atau celaka didunia dan akhirat. Jika manusia menerima al quran dia bertuah.

Kelebihan al Qadar

Antaranya kelebihannya diampunkan dosa-dosa yang lepas utk sesiapa beribadat pada malam tersebut seperti sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam:

((مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [البخاري ومسلم]

Maksudnya:

“Sesiapa yang bangun (beribadat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka baginya keampunan untuk dosa-dosa yang lepas.” [HR: Al-Bukhari dan Muslim]

Beberapa kelebihannya berdasarkan surah al-Qadar adalah:

  • Allah menurunkan Al-quran pada malam tersebut dan ia memberi pertunjuk kepada manusia.
  • Ianya lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 3 bulan).
  • Malaikat turun pada malam tersebut dengan membawa keberkatan dan rahmat.
  • Malam tersebut adalah malam yang sejahtera sehingga terbit fajar.

Bila berlakunya al-Qadar?

* Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadhan berdasarkan satu hadith, Abu Zar RA bertanya kepada Rasulullah Shallahu ‘alaihi Wasallam, maksudnya:

“Wahai Rasulullah, khabarkan padaku tentang Lailatul Qadar, adakah ia pada bulan Ramadhan?” Jawab Baginda SAW: “Bahkan pada bulan Ramadhan”. [HR: Ahmad dan Nasa’i]

 * Berlaku pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan.” [HR. Bukhari no. 2020 dan Muslim no. 1169].

* Berlaku lailatul qadar pada malam-malam ganjil, Sebagaimana sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

“Carilah lailatul qadar di malam ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” [HR. Bukhari no. 2017]

*  Berlakunya pada malam ke 27 dan 5 malam berbaki dari bulan Ramadhan.

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah lailatul qadar di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan pada sembilan, tujuh, dan lima malam yang tersisa.” ([HR. Bukhari no. 2021]

*  Bagi sesiapa yang tidak mampu menghidupkan pada 10 malam terakhir, boleh la memulakan pada 7 malam terakhir. sabda Rasulullah Shalallhu ‘alaihi Wasallam:

((التَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ -يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ- فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ، أَوْ عَجَزَ، فَلا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي)) [مسلم]

“Carilah pada sepuluh terakhir. Jika salah seorang di kalangan kamu lemah atau tidak berupaya, maka janganlah dia tertewas pada tujuh yang berbaki lagi.” [HR: Muslim].

*  Berlaku pada malam 27 Ramadhan, berpandukan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ubai bin Ka’ab ra beliau berkata, yang bermaksud: “Demi Allah sesungguhnya aku tahu pada malam bilakah ia, itulah malam yang mana Rasulullah SAW telah menyuruh kami untuk bangun beribadah, iaitu malam yang ke 27,” dan Ubai berkata lagi: “Melalui tanda-tanda dan alamat yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW kepada kami bahawasanya matahari yang akan terbit pada pagi harinya tiada (شعاع) sinarnya”.

Menurut Maulana Asri lagi, Imam Nawawi rahimahullah dinukilkan dari Qadir Iyat, ulama berselisih pendapat mengenai bila berlakunya malam Lailatul Qadar antaranya, satu kumpulan ulama berpendapat malam qadar itu berpindah-pindah dalam setahun atau tidak khusus dalam ramadhan sahaja, ada yg mengatakan malam qadar berpindah-pindah 10 akhir Ramadhan, berlaku sepanjang bulan Ramadhan dan pendapat Ibnu Abbas adalah malam 23 dan malam 27 Ramadhan. Kebanyakan hadith-hatith kuat malam al qadar adalah pada 10 malam terakhir dan malam ganjil 10 akhir Ramadhan.

Al Imam Ibnu Hajar Asqolani telah menyebut dalam kitabnya Fathul Bari dan syarah Sahih Muslim, terdapat lebih 40 pendapat ulama dalam masalah bila berlakunya Lailatul Qadar. Pendapat yang paling kuat adalah lailatul Qadar terjadi pada malam ganjil dari sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan dan waktunya berpindah-pindah dari tahun ke tahun. Hikmah Allah menyembunyikan bila terjadinya lailatul qadar adalah agar manusia bersemangat untuk mencarinya dan bukan menunggunya. Jika Lailatul Qadar ditentukan harinya nescaya manusia bermalasan untuk beribadat.

Amalan yg Digalakkan

*  Digalakkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW  Aisyah radhiallahu’anha meriwayatkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir melebihi kesungguhannya pada masa-masa lain.

Di dalam hadith muttafaq alaih kata Aisyah ra: “Adalah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam apabila masuk sepuluh terakhir Baginda mengetatkan kainnya (tidak mendatangi isterinya), menghidupkan malam dan mengejutkan keluarganya”.

Aisyah ra juga meriwayatkan, maksudnya: “Adalah Nabi Shalallahu ‘alaihi Wasallam pada dua puluh malam terawal mencampurkan antara solat dan tidur. Apabila tiba sepuluh terakhir, Baginda bersungguh-sungguh, dan mengetatkan kainnya”. [HR: Ahmad].

Menghidupkan malam bukan hanya dengan solat malam malah dengan mempelbagaikan ibadah dengan berzikir, membaca al-quran berdoa, beristighfar dan ibadah lain. sebagaimana apa yang di maksudkan oleh Aisyah ra: “Aku tidak mengetahui Rasulullah pernah mendirikan malam sehingga pagi”, maksudnya Rasulullah tidak pernah solat sahaja sepanjang malam.” Rasulullah juga mengambil peluang sepuluh terakhir Ramadhan ini dengan mengejutkan ahli keluarganya untuk beribadah.

*  i’tikaf dan melazimi masjid pada 10 malam terakhir untuk melakukan ketaatan dan amalan-amalan soleh seperti zikir, berdoa, membaca al quran dan lain-lain. Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan, maksudnya:

“ Rasulullah SAW akan beri’tikaf pada sepuluh akhir setiap kali datang bulan Ramadhan. Tetapi pada tahun Baginda diwafatkan Baginda beri’tikaf selama 20 hari.” [HR: Al- Bukhari].

Daripada Ibnu Umar ra maksudnya:

“Rasulullah SAW beri’tikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan”. [HR: Al-Bukhari].

Daripada Aisyah ra maksudnya:

“Nabi SAW beri’tikaf pada sepuluh terakhir Ramadhan sehingga Allah mewafatkan Baginda. Kemudian, isteri-isterinya terus beri’tikaf selepasnya”. [HR: Al-Bukhari].

Boleh juga menghadiri majlis-majlis ilmu ketika tempoh ‘tikaf kerana menuntut ilmu adalah salah satu ibadah tetapi ada juga ulama yang tidak menggalakkanya seperti Imam Malik. Katanya: “(Sewaktu i’tikaf) Jangan menyibukkan diri dengan majlis-majlis ilmu dan jangan juga mencatat ilmu”. Oleh itu tidak salah untuk menghadir majlis ilmu sewaktu ‘itikaf jika ia tidak berpanjangan dan menganggu tumpuan kepada maksud utama i’tikaf.

Hikmah dari ‘itikaf ini bagi mengharapkan bertemu dengan Lailatul qadar, mudah dan fokus untuk melakukan ketaatan pada Allag dan supaya bersemangat dan tidak lalai/  dengan agenda-agenda lain.

*  Membaca doa yang diajar oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wasallam kepada Aisyah ra jika ditemukan dengan Lailatul Qadar. Aisyah ra berkata:

”Wahai Rasulullah, sekiranya aku dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar apakah yang harus aku ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: ((اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي)) Maksudnya: “(Ucapkanlah) Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Pemurah dan suka mengampunkan maka ampunkanlah aku.” [HR: Ahmad, at-Tirmizi, sahih].

 Tanda-tanda Lailatul Qadar

Menurut Ustaz Fathi Ali, tiada sebarang riwayat yang sahih tanda-tanda lailatul qadar sebelum atau semasa malam al qadar tersebut. Semua adalah riwayat yang lemah dan ada kecacatan. Diantaranya adalah:

  • Dari Jabir bin `Abdillah secara marfu’, bahawa Nabi SAW bersabda seperti dibawah:

    و هي لية طلقة بلجة لا حارة و لا باردة

    و زاد الزيادي: كأن فيها قمرا يفضح كواكبها و قالا : لا يخرج شيطانها حتى يضيء فجرها

    Maksudnya: “…dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk”. Dan menambah al-Ziyadi (perawi) akan lafaz “seakan-akan dalamnya ada Bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajr”

    Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ibn Khuzaimah dalam Mukhtasarul Mukhtasar (no. 2190), hadith ini Dha’if.

  • dari`Ubadah bin al-Somit secara marfu’ , bahawa Nabi SAW bersabda seperti dibawah:

    إِنَّ أَمَارَةَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ أَنَّهَا صَافِيَةٌ بَلْجَةٌ كَأَنَّ فِيهَا قَمَرًا سَاطِعًا سَاكِنَةٌ سَاجِيَةٌ لَا بَرْدَ فِيهَا، ولَا حَرَّ وَلَا يَحِلُّ

    لِكَوْكَبٍ أَنْ يُرْمَى بِهِ فِيهَا حَتَّى تُصْبِحَ، وَإِنَّ أَمَارَتَهَا أَنَّ الشَّمْسَ صَبِيحَتَهَا تَخْرُجُ مُسْتَوِيَةً لَيْسَ لَهَا شُعَاعٌ مِثْلَ

    الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ، لَا يَحِلُّ لِلشَّيْطَانِ أَنْ يَخْرُجَ مَعَهَا يَوْمَئِذٍ

    Maksudnya: “Tanda-tanda malam al-Qadr adalah malam yang terang sepertinya Bulan terang, tenang, sunyi, tidak sejuk, tidak panas, tidak dihalalkan bagi bintang-bintang untuk dilemparkan pada malam itu hingga pagi, dan tanda-tandanya adalah di pagi harinya Matahari terbit sejajar, tidak mempunyai sinar seperti Bulan pada malam purnama, dan tidak halal bagi Syaitan untuk keluar pada saat itu”

    Hadith ini dikeluarkan antaranya oleh Ahmad (no. 22765), hadith ini Dha’if, isnadnya putus (munqathi’) kerana Khalid bin Ma’dan tidak pernah sama sekali mendengar daripada `Ubadah bin al-Somit, kata Imam Abu Hatim dalam al-Marasil (1/11(183))

  • Sebuah hadith Sahih daripada Abu Hurairah seperti dibawah:

    عن أبي هريرة رضي الله عنه قال تذاكرنا ليلة القدر عند رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال أيكم يذكر

    حين طلع القمر وهو مثل شق جفنة ؟

    Maksudnya: “Dari Abu Hurairah katanya “kami teringat akan malam al-Qadr disisi Rasulullah SAW, maka Beliau SAW pun bersabda: “Siapakah antara kalian yang teringat ketika Bulan muncul (terbit) seperti syiqq jafnah (iaitu separuh belahan bekas berbentuk bulat)?”

    Adakah dalam hadith di atas Nabi SAW telah memberitahu akan sifat khusus semasa malam al-Qadr itu berlaku kepada para Sahabat? jawabnya tidak! Hadith ini perlulah difahami dengan melihat huraian para ulama, antaranya kata Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini:

    و ( الجفنة ) … قال القاضي : فيه إشارة إلى أنها إنما تكون في أواخر الشهر ؛ لأن القمر لا يكون كذلك عند طلوعه إلا في أواخر الشهر

    Maksudnya: “Dan (jafnah – iaitu separuh bekas berbentuk bulat) … kata al-Qaadhi bin Iyadh: padanya isyarat bahawa ianya (iaitu al-Qadr) itu berlaku pada akhir-akhir Bulan, kerana Bulan tidak muncul (tidak terbit) sedemikian rupa (iaitu Bulan tidak terbit seperti belahan mangkuk (atau separuh bekas berbentuk bulat) kecuali pada akhir-akhir bulan” [Rujuk: Syarah Sahih Muslim, al-Nawawi, 8/66]

    Berdasarkan penjelasan Imam al-Nawawi sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qadhi Iyadh diatas, maksud kenyataan Nabi SAW dengan “Bulan muncul (terbit) seperti separuh bekas berbentuk bulat” itu bukanlah petunjuk khusus akan sifat malam al-Qadr, akan tetapi ia adalah petunjuk umum sahaja.

    Iaitu Nabi SAW memberitahu para sahabat bahawa malam al-Qadr itu berlaku pada akhir-akhir bulan Ramadhan, kerana Bulan tidaklah terbit seperti separuh bekas berbentuk bulat melainkan pada malam-malam akhir setiap bulan secara umumnya.(Sumber:http://ansarul-hadis.blogspot.com/2013/07/tanda-malam-al-qadr-dari-hadith-yang.html?m=1)

Riwayat tanda-tanda yang sahih adalah petanda lepas berlakunya malam Lailatul Qadar. Sebagaimana hadith dari Ubay bin Ka’ab, ia berkata,

هِىَ اللَّيْلَةُ الَّتِى أَمَرَنَا بِهَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِقِيَامِهَا هِىَ لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فِى صَبِيحَةِ يَوْمِهَا بَيْضَاءَ لاَ شُعَاعَ لَهَا.

“Malam itu adalah malam yang cerah yaitu malam ke dua puluh tujuh (dari bulan Ramadhan). Dan tanda-tandanya ialah pada pagi harinya matahari terbit berwarna putih tanpa memancarkan sinar ke segala penjuru.” (HR. Muslim no. 762).

Ibnu Hajar Al Asqolani berkata,

وَقَدْ وَرَدَ لِلَيْلَةِ الْقَدْرِ عَلَامَاتٌ أَكْثَرُهَا لَا تَظْهَرُ إِلَّا بَعْدَ أَنْ تَمْضِي

“Ada beberapa dalil yang membicarakan tanda-tanda lailatul qadar, namun itu semua tidaklah nampak kecuali setelah malam tersebut berlalu.” (Fathul Bari, 4: 260).

Bagi hadith Ubay bin Ka’ab, menurut Maulana Asri tidak boleh dijadi panduan untuk menunggu Lailatul Qadar kerana tandanya barangkali terjadi pada tahun dan masa itu.

Tidak Memilih Malam Ganjil Sahaja

Disebalik ada riwayat sahih tentang malam Lailatul Qadar, namun kita jangan sesekali memilih ganjil sahaja untuk beribadat kerana tidak mengetahui bilakah berakhir Ramadhan. Barangkali boleh berakhir malam ke 29 ataupun 30 dan sememangnya kita tidak mengetahui lailatul Qadar di malam ganjil atau genap. Kedua-duanya ada kemungkinan.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyebutkan bahwa sepantasnya bagi seorang muslim untuk mencari malam lailatul qadar di seluruh sepuluh hari terakhir. Kerana keseluruhan malam sepuluh hari terakhir boleh teranggap ganjil jika yang dijadikan perkiraan adalah dari awal dan akhir bulan Ramadhan. Jika dikira dari awal bulan Ramadhan, malam ke-21, 23 atau malam ganjil lainnya, maka sebagaimana yang kita kira. Jika dikira dari Ramadhan yang berbaki, maka boleh jadi malam genap itulah yang dikatakan ganjil. Dalam hadits datang dengan lafazh,

الْتَمِسُوهَا فِى الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى تَاسِعَةٍ تَبْقَى ، فِى سَابِعَةٍ تَبْقَى ، فِى خَامِسَةٍ تَبْقَى

“Carilah malam lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Boleh jadi lailatul qadar ada pada sembilan hari yang berbaki, boleh jadi ada pada tujuh hari yang berbaki, boleh jadi pula pada lima hari yang berbaki.” (HR. Bukhari no. 2021).

Jika bulan Ramadhan 30 hari, maka kalau mengira sembilan malam yang berbaki, maka dimulai dari malam ke-22. Jika tujuh malam yang berbaki, maka malam lailatul qadar terjadi pada malam ke-24. Sedangkan lima malam yang berbaki, berarti lailatul qadar pada malam ke-26, dan seterusnya (Lihat Majmu’ Al Fatawa, 25: 285).

Kesimpulan

Carilah malam lailatul qadar pada setiap malam di sepuluh malam terakhir dengan penuh ketaatan dan taqwa. Sesungguhnya ianya adalah anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad Shalallahu ‘alaihi Wasallam. Allahu’alam

Rujukan:
http://www.abuanasmadani.com/?p=102
http://muslim.or.id/fiqh-dan-muamalah/kajian-ramadhan-17-tanda-lailatul-qadar-dan-kapan-lailatul-qadar-terjadi.html

 

Kelebihan Meninggal Dunia pada Malam Jumaat dan Siangnya

jugra

Seringkali dalam masyarakat yang berpegang dengan kelebihan meninggal dunia pada hari Jumaat akan memperoleh dan terselamat dari pada fitnah kubur. Namun terdapat khilaf mengenai kelebihan meninggal dunia pada malam/siang jumaat ini. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan dari Imam At-Tirmizi dalam Jami’ Tirmizi, daripada Abdulullah bin A’mru telah berkata:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

Kebanyakkan mengatakan isnadnya dhaif tetapi Sheikh Albani rahimahullah mengatakan hasan. Manakala Kata Abu ‘Isa: Hadis gharib, sanadnya tidak bersambung.

قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ ، قَالَ : وَهَذَا حَدِيثٌ لَيْسَ إِسْنَادُهُ بِمُتَّصِلٍ رَبِيعَةُ بْنُ سَيْفٍ ، إِنَّمَا يَرْوِي عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْحُبُلِيِّ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ، وَلَا نَعْرِفُ لِرَبِيعَةَ بْنِ سَيْفٍ سَمَاعًا مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو

Dari islamweb library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=195&hid=992&pid=121901

Pendapat Imam Al-Bukhari

Dalam Sahih al-Bukhari, ada menyatakan sahabat rasulullah iaitu Abu Bakar ingin meninggal dunia pada hari isnin. Imam al-Bukhari meletakkan hadith ini di bawah tajuk ” Mati pada Hari Isnin”.

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها :

“Daku masuk menemui Abu Bakar رضي الله عنه lalu beliau bertanya: “Dalam berapa lembaran kain yang kalian kafankan Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam?” ‘Aisyah menjawab: “Dalam tiga helai kain Sahuliyah (kain buatan Yaman) putih tiada padanya baju dan tidak (pula) serban.” Abu Bakar bertanya kepada ‘Aisyah: “Pada hari apakah wafatnya Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam  ?” ‘Aisyah menjawab: “Hari Isnin.” Abu Bakar bertanya: “Hari ini hari apa?” Aisyah menjawab: “Hari Isnin.” Abu bakar berkata: “Aku berharap umurku sampai malam ini sahaja.”

Lalu beliau (Abu Bakar) memandang kepada kain yang dipakainya sejak menderita sakit, pada baju itu terdapat tompokan za’faran (sejenis minyak wangi berwarna kuning) kemudian beliau berkata: “Kalian cucilah kain aku ini dan tambahkan atasnya dua helai kain lagi, kemudian kafankanlah aku dalamnya.”

Daku (‘Aisyah) berkata: :Sesungguhnya (kain) ini sudah usang.”

Lalu Abu Bakar menjawab: ” Sesungguhnya yang hidup lebih berhak dengan yang baharu daripada yang mati. Hanyasanya ia (kain tersebut) untuk nanah (mayat).”

(Aisyah menyambung): Tidak meninggal dunia (Abu Bakar) sehingga menjelang malam Selasa dan dikebumikan sebelum Subuh.”

(HR Al-Bukhari)

Hadith dan syarah penuh dalam arab: library.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=2553&idto=2554&bk_no=52&ID=889

Ringkasan syarah:

1) Kata al-Zain bin al-Munir: “Menjelaskan (bahawa) waktu (masa) kematian tidak boleh dikawal (atau bukan bawah kawalan manusia) akan tetapi sebab kematian boleh diharapkan (atau didoakan) kepada Allah untuk mendapat keberkatan walaupun tidak terjadi seperti yang diharapkan.

2) Seolah-olah Imam al-Bukhari mengisyaratkan bahawa Kelebihan (Fadhilat) Mati pada Hari Jumaat tidak sahih di sisi beliau.

Berikut adalah sebahagian pendapat dari ilmuwan:

Dr Mohd Asri (Dr Maza) mengatakan ada kelebihan mengenai meninggal pada hari Jumaat dan disebut dalam Kitab Zaadul Ma’ad oleh Al Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah (wafat 751H).

Maulana Asri mengatakan yang lebihnya adalah meninggal hari Isnin kerana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam  wafat pada hari Isnin dan begitu juga pendapat Imam al-Bukhari yang mana meninggal hari Isnin ada kelebihannya. Hadith kelebihan meninggal dunia hari Jumaat adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan pegangan.

Ustaz Azhar Idrus mengatakan beliau akui yg adanya hadith sahih mengenai kelebihan meninggal pada Jumaat dengan aman dengan fitnah kubur. Maksud aman dengan fitnah kubur iaitu diringan seksa kubur.

Kesimpulan:

  • terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama, namun untuk lebih selamat mengenai kelebihan mati pada Jumaat adalah tidak berpegang padanya. Kita perlu bersedia dengan segala amalan-amalan kebaikan bagi menempuh alam barzakh bukannya merasa ringan atau lega dengan kelebihannya.

Allahu a’lam

Rujukan:

1) http://al-fikrah.net/

2) library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=195&hid=992&pid=121901

Hari Raya Aidilfitri: Panduan Menyambutnya

 

IMG_6381.JPG

Panduan menyambut Hari Raya Aidilfitri:

  • Disyariatkan bagi kaum lelaki untuk mandi sunat Aidilfitri berdasarkan athar dari `Umar bahawa umar mandi sebelum keluar bersolat Aidilfitri [Dikeluarkan Malik dengan isnad Sahih].
  • Memperindah dir i- bukanlah bermaksud memakai baju baru sebagaimana yang difahami sesetengah orang, tapi bermaksud memakai pakaian yang terbaik yang telah sedia dimiliki, berwangian bagi lelaki dan lain-lain.
  • Disyariatkan bertakbir pada hari Raya bermula dari masuknya malam Aidilfitri selepas terbenam matahari, dan berhenti apabila solat Aidilfitri dilaksanakan. Takbir ini dilakukan dengan penuh semangat, dgn suara yang kuat serta lantang kerana ia bertujuan membesarkan Allah, bukannya dengan nada sayu sebagaimana yang biasa dilakukan sesetengah kaum di malaysia. Tidak disyariatkan bertakbir secara berjamaah dengan satu ketua, sebaliknya yang sunnah ialah takbir Aidilfitri itu dilakukan secara sendiri-sendiri.
  •  Ini sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat Anas bin Malik bahawa para Sahabat Nabi ketika bertakbir bersama Nabi, ada yang sedang membaca {Allahu akbar}, dan ada pula yang sedang membaca {la ilaha illallah}, dan mereka tidak saling menyalahkan yang lain. Riwayat ini jelas menunjukkan bahawa takbirnya para Sahabat Nabi tidak seragam. Ini kerana, mereka bertakbir sendiri-sendiri dan tidaklah berjamaah dengan satu ketua. [Rujuk: Musnad al-Syafie, 909].
  • Sunat juga sebelum keluar ke solat aidilfiti agar makan terlebih dulu. Berkata Anas bermaksud:

” Pada hari raya Rasulullah SAW tidak keluar untuk laksankan solat Aidifitri hinggalah beliau makan beberapa biji tamar terlebih dahulu”. [HR al-Bukhari].

  • Sunat agar keluar ke tempat solat Aidilfitri dengan berjalan kaki sekiranya mampu.
  • Digalakan Solat Aidilfitri itu tempatnya di padang atau tanah lapang, dan bukannya di masjid berdasarkan hadith Sahih riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’id al-Khudri
  • Begitu juga tidak disyariatkan utk azan atau iqamah duriwayatkan dari Ibn `Abbas dan Jabir mereka berkata:
    Maksudnya: “Tiada azan untuk solat `Eid al-Fitr dan juga al-Adha” [HR. al-Bukhari).
  • Sunnah Pulang dari tempat solat gunakan lain dari jalan yang digunakan untuk datang menghadiri solat. Inilah yang thabit dari Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir katanya;

Maksudnya: “Adalah Nabi SAW jika bersolat `Eid, Baginda mengambil jalan yang  berbeza  antara pergi dan pulang” [HR. al-Bukhari, no. 994].

  • Ucapan yang baik seperti “Selamat Hari Raya”, “Happy `Eid”, “Kullu `Aam wa Entum Bi Khair”, “Minal `Eidin wal Faizin”,
  • Tidak disyariatkan untuk menziarahi kubur di pagi raya.
  • Bermaaf-maafan di pagi raya bukan satu kemestian. Meminta maaf sejurus melakukan kesalahan.
  • Bergembira pada hari Aidilfitri.

Dipetik dan dirumuskan dari Nota Sifa Puasa, Qiam, Iktikaf dan Raya Nabi Oleh Ustaz Muhd Fathi Ali. Semoga Allah memelihara dan merahmatinya.

Hukum Jual Beli Emas Secara Tangguh

images

Dalam keghairahan masyarakat dalam menyertai skim-skim dan program jual beli secara ansuran ETA dan lain-lain. Terdapat panduan dari Majlis Fatwa, ilmuwan seperti Ustaz  Dr Zaharuddin, Dr Azman etc yang perlu diambil kira sebelum berurus niaga.

Umar al Khattab mengingatkan:

Jangan kamu berjual beli di pasar kami, kecuali setelah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” [HR At- Tirmizi)

Sepakat Ulama 4 mazhab mengharamkan jual beli emas secara ansuran, tangguh dan hutang. Tetapi ada khilaf dikalangan minoriti ulama mengenai jual beli barang kemas secara ansuran ini seperti rantai, cincin, gelang etc. Ia adalah pendapat Mu’awiyyah. Diantara mereka adalah Prof Dr Yusof al Qardawi, Ibnu Rusyd dan lain-lain. Pendapat ini juga di pegang oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang membenarkan jual beli barang kemas secara ansuran/tangguh. Namun, dengan berpegang kepada pendapat jumhur ulama dengan pengharamannya adalah lebih baik. Dalam tulisan Ustaz Dr Zaharuddin, Abu Darda ada menegur Mu’awiyyah dan mengadu kepada Sayyidina Umar dan lalu Umar haramkannya. Jika seseorang terus beranggapan barang kemas bukan lagi bersifat emas tulen kerana berubah bentuk dan komposisi, ia tetap haram untuk berurus niaga dengan wang kerana wang adalah nuqub istilahiah (hukum sama dengan emas). Dengan ini jual beli barang kemas wajib taqabud (diserah dan diterima dalam 1 masa) boleh tafadhul (boleh tidak sama kuantitinya) kerana tidak sama jenis.

Dibawah adakah adalah artikel dari Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi. Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu’ oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma’ (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr’ (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil’ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu’awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu’ no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu’awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan).

Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I’lam al-Muwaqqi’ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu’ al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil’ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana “umum al-balwa” – Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: “perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi’ 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun’ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu’awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah’ yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis.

Jawapan Bagi ‘Trade in’ Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in’ emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil’ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu’asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu’ al-Sya’iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan – mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu’, no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti ‘Taqabud fil hal aw fil majlis’ ( diserah dan terima dalam satu masa) – kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan ‘trade in’ dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu?

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : “Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi”

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN ‘TRADE IN’. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

Panduan dan Parameter Pelaburan Emas Oleh Majlis Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.  Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

Syarat Umum Jual Beli

1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

Pihak Yang Berakad
2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:

  • Baligh, berakal dan rasyid.Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
  • Keredhaan

Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi.
Harga Belian (al-Thaman)

3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli.
Barang Belian (al-Muthman)

4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

 5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

 6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah:

  • Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya.
  • Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan.
  • Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas.
    Sighah

7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.

9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya.

Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:

  • Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
  • Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi.

Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

Syarat Pertama: Taqabudh

11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Pembayaran secara tunai
  • Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
  • Pembayaran secara cek peribadi
  • Pembayaran secara kad debit
  • Pembayaran secara kad kredit
  • Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.

13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

  • Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
  • Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah. Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi.

Syarat Kedua: Secara Lani

15.  Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.

17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.

Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.

Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:

Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:

  • Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
  • Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
  • Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000. Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.

Akad Dan Unsur Sampingan

18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.

20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli

21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.

22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

Diambil dari: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/parameter-pelaburan-emas

 

Lelaki Akal 9 Nafsu 1 dan Perempuan Akal 1..

IMG_7167-0.PNG

Cerita mengenai nafsu lelaki 1 akal 9 dan nafsu perempuan 9 akal 1 dikalangan rakyat melayu menjadi bahan buat kaum lelaki dalam merendahkan martabat kaum perempuan. Sedangkan bila difikirkan secara logik, ramai kaum perempuan di dalam dunia ini telah berjaya dari segi kerjaya, akhlak dan menjadi role model pada masyarakat. Dakwaan mengenainya sama sekali tidak ada asasnya.

Dikongsi adalah artikel yang diambil dari http://www.abuanasmadani.com

Sejak sekian lama masyarakat Islam di negara kita sentiasa terdedah dengan perkara yang pelik lagi menarik. Manusia memang berminat untuk mengetahui, mengeluar dan menyebarkan cerita-cerita yang karut, samada secara lisan, tulisan, filem atau apa saja.

Cerita bahawa kaum lelaki memiliki 9 akal dan 1 nafsu, manakala perempuan pula sebaliknya, iaitu 1 akal dan 9 nafsu memang amat masyhur sekali di kalangan kita. Ia telah dilihat dan diterima oleh masyarakat kita sebagai sesuatu yang benar. Jika ditanya dari manakah sumber fakta ini diambil, mereka akan menjawabnya; mendengarnya daripada para alim ulama’.

Kata-kata sakti ini dinukilkan daripada dialog yang berlaku di antara Imam al-Hasan al-Basri dengan tokoh Sufi yang masyhur, Rabiatul Adawiyah rahimahumalLah. Iaitu semasa al-Hasan pergi meminangnya setelah kematian suaminya, beliau telah disoal beberapa perkara oleh Rabiah dan tidak dapat menjawabnya. Tetapi apabila ditanya tentang akal, dikatakan al-Hasan telah menjawab sebagaimana di atas, iaitu 9:1 dan 1:9.

Demikianlah kisah yang didakwa telah berlaku di antara dua tokoh besar dalam Islam. Kisah ini telah dinukilkan oleh Usman al-Khaubawi, dalam kitabnya “Durrah an-Nasihin” , (dalam buku ini jugalah terdapat hadis masyhur di kalangan orang Melayu tentang kelebihan tertentu setiap malam solat terawih).

Menurut al-Fadhil Dr Abu Zaid, Ahmad Najib Abdullah al-Qari [mantan pensyarah KIAS, sekarang di APIUM, Nilam Puri] melalui makalah beliau dalam majalah “Pengasuh” terbitan MAIK bil 623:

Cerita ini tidak benar sama sekali untuk dinisbahkan kepada al-Hasan al-Basri (apalagi kepada Rasulullah saw) kerana ia diambil daripada sumber yang tidak sahih. Hujahnya mudah sahaja, al-Hasan al-Basri dilahirkan pada tahun 21H dan meninggal dunia pada 110H. Manakala Rabiatul Adawiyah pula -berdasarkan pendapat yang paling tepat- dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal dunia pada 180H [Lihat: Az-Zahabi, Siyar A’lam an-Nubala’: 8341].

Ini bermakna ketika al-Hasan meninggal dunia, Rabiatul Adawiyah baru berumur 10 tahun, bagaimana pula boleh berlaku dialog sedemikian di antara mereka berdua?

Untuk maklumat lanjut sila lihat majalah “Pengasuh” yang tersebut di atas tadi. Wallahua’lam.

Murabbi: Maulana Muhammad Asri Yusoff

IMG_7159.PNG
Maulana Muhammad Asri antara ilmuwan yang tidak asing lagi dalam menyampaikan dakwah di Malaysia khususnya di Kelantan dan Kuala Lumpur. Beliau merupakan seorang yang arif dalam ilmu hadith. Minatnya mendalam pada ilmu hadith dan al quran membuatkan beliau menubuhkan Darul Kautsar yang bertempat di Kelantan. Kuala Lumpur merupakan antara tempat tumpuan beliau dalam mengajar hadith secara talaqqi kepada orang awam. Beliau adalah pengasas Darul Kautsar yang menjadi pusat tahfiz al-quran, bahasa arab dan ilmu-ilmu islam. Maulana juga pengarang buku-buku seperti buku tentang syiah, Ibnu Ishaq, Kamus dan banyak mensyarahkan kitab-kitab hadith. Beliau adalah satu-satunya ulama di Malaysia yang telah khatam mensyarahkan Sahih Al-Bukhari. Jaami’ at-Tirmizi, Misykaatul Masaabih, Sahih al- Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Daud antara kitab-kitab yang diajar oleh Maulana.

Nama:                           Muhammad Asri bin Yusoff
Asal:                             Kelantan, Malaysia
Lahir:                           12 Julai 1958
Tempat Lahir:             Bukit Abal Pasir Puteh
Menetap:                     Kubang Kerian, Kelantan
Pelajaran:                   Sekolah Kebangsaan Bukit Abal hingga darjah 3. Kemudian ke India menghafal al-quran di Darul Ulum Deoband kemudian pulang ke Kelantan dan belajar di Madrasah Al-Diniah al-Bakriah atau Pondok Pasir Tumboh.  Beliau kembali ke india pula menuntut di Nadwatul Ulama, Lakhnau kemudian ke Pakistan belajar daurah hadith di Jamiah al-Ulum al-Islamiah, Karachi.

Rakaman video bersama Maulana Asri.

Jadual kuliah Hadith sekitar Lembah Klang.

IMG_6781.JPG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumbangan untuk Darul Kautsar.

IMG_6153.JPG