PRU13:Lembut Lidah Keras Hati

Ayyuhal walad,

Jagalah lidah kamu daripada berkata maksiat kerana kesannya membuatkan hati keras n jauh dari kebenaran. Apa sahaja yang keluar mulut ia datang dari hati, lembut hatinya keluarlah hikmah kata-kata nya.

Sabda Nabi SAW “Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad itu ada segumpal darah, apabila baik maka baiklah segala jasadnya dan apabila rosak maka rosaklah jasadnya, ketahuilah ianya adalah hati” Hadis Riwayat Bukhari & Muslim.

Gambar Hiasan

Kita hidup di akhir zaman dan banyaknya terdedah pada fitnah dan segala maksiat. Banyak hadis yang membincangkan tentangnya. Sebagai muslim yang beriman perlulah bersedia untuk hadapinya. Lebih memburukkan lagi keadaan politik yang tidak stabil agama terus jadi mainan. Dengan ketaksuban setengah manusia membuatkan keadaan lebih buruk.

Sebagai contoh. Memfitnah orang meliwat ataupun berzina tanpa membawa bukti yang kukuh. Menurut Al-fadhil Ustaz Mad Esa Deraman dalam syarah kitab mengenali dosa-dosa besar (Karangan Sheikh al- Gumari), orang menuduh si fulan berzina/ meliwat harus lah membawa 4 orang saksi, jika gagal si penuduh dihukum sebat (hukum qazaf). Ini menurut beliau lagi, dalam islam tertuduh masih bersih dari dakwaan terbabit.

Menjelang PRU ke 13 ini, lebih banyak kita dapat dengari dan membaca media arus perdana baik pembangkang/pemerintah, blog dan media social membuat berita, dakwaan yang berunsur dusta, fitnah, memburukkan individu etc. Ada di kalangan rakyat dan kenalan yang taksub menjaja cerita yang didengari sebagai hujah dan dakwaan tanpa sedari dia sedang berdusta.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda “Seseorang itu cukup dianggap berdusta kalau ia mengatakan segala apa yang didengarinya” Hadis Riwayat Muslim

Jangan terus sebar, sebaliknya berhati-hati dan periksa dahulu kesahihan sesuatu berita. Al quran juga ada merakam kan dalam Surat Al Hujurat, ayat 6 bermaksud

“Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, lalu periksa dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu”

Rasulullah bersabda yang bermaksud “akan sampai satu masa sepeninggalan aku nanti, beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barangsiapa yang membenarkan kedustaan mereka & menyokong tindakan penganiayaan mereka itu, maka mereka bukan dari kalangan umatku dan aku bukan daripada mereka. Dan mereka ini tidak akan dapat sampai ke telaga. (Hadis riwayat At-Tarmidzi) 

lelaki-neraka-400x300

Akibat dari lidah dan tindakan sendiri jangan smpai muflis di akhirat.

Nabi SAW bersabda yang bermaksudnya: tahukah kamu siapakah yang muflis”

Jawab sahabat-sahabat nabi: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”

Sabda Baginda SAW “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada hari kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang dan memukul seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan keatasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka”. Hadis Riwayat Muslim.

-wmf-